Pages

Followers

Wednesday 29 July 2015

My Dear Boss 5


My Dear Boss 5

SCARLET tiba-tiba dikejutkan pada pukul 5 subuh. Dia mengosok-gosok matanya sambil memandang ke kiri. Kelihatan Sapphire masih nenyak tidur disebelahnya. Oleh kerana biliknya digunakan Raiza, dia dan Sapphire terpaksa berkongsi bilik.

    Scarlet menyelak selimut dan turun dari katil. Setiap kali dia terbangun mesti kerana alarm handphone, kalau bukan kerana alarm mesti kerana panggilan alam. Dia mesti bangun dan pergi ke bilik air.
    Sebelum dia tiba dibilik air, tiba-tiba dia terdengar bunyi bising dibahagian dapur. Siapa yang ada kat dapur. Mama dan papa belum bangun lagi? Ruby lagilah! Scarlet terus tersentak apabila tiba difikirnnya bahawa orang yang didapur adalah pencuri.
    Perlahan-lahan, dia melangkah dengan senyap menghampiri dapur. Apa saja benda yang boleh dianggap senjata dicapainya terutamanya penyapu. Dengan jantung yang berdebar-debar, dia mengintai disebalik dinging.
    Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Raiza sedang menyiapkan sarapan pagi. Mulutnya terlopong besar. Adakah ini bossnya Raiza yang dipernah kenal? Atau ini benar-benar alien? Scarlet seakan tidak percaya.
    "Boss?" tegur Scarlet sambil melangkah kehadapan.
    "Scarlet, good morning!" ucap Raiza sambil meletakkan french toss yang sudah siap keatas piring.
    "What'up with the broom?" soal Raiza pula dengan dahi berkerut.
    Terpinga-pinga Scarlet meletakkan penyapu itu dibucu dinding.
    "Ar, boss buat apa ni?" soal Scarlet.
    "Making a breakfast,"
    "Kenapa boss buat? Kami kan ada, kami boleh buat. Menyusahkan boss aja," Scarlet menghampiri meja.
    Raiza sudah tersenyum-senyum. "Apa pula yang susahnya, aku selalu juga buatkan breakfast untuk keluarga aku. It's not a big deal," jawab Raiza selamba sambil tangannya lincah menyusun gelas atas meja.
    Scarlet sudah memandang Raiza. Dia benar-benar keliru dengan sikap Raiza. Kalau kemarin dia tidak ingin tahu kenapa Raiza sanggup menjadi maid of honor, sekarang dia benar-benar ingin tahu. Dia harus tahu!
    "Boss, boleh saya tanya satu soalan?"
    "Boleh," jawab Raiza sambil memandang Scarlet.
    "Kenapa boss sanggup buat semua ni? Boss cakap, boss nak jadi majikan yang baik tapi saya rasa semua tu hanya alasan untuk menutup tujuan sebenar boss, bukan?" tanya Scarlet dengan penuh harapan agar dia dapat mendengar jawapan dari bibir Raiza sendiri.
    Raiza menghembus nafas kecil lalu memandang Scarlet.
    "Kau benar-benar nak tahu tujuan sebenar aku, Scarlet?"
    "Ya," jawab Scarlet pasti.
    Raiza mengangguk, faham dengan kesungguhan Scarlet. Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri gadis itu kemudian berhenti apabila jarak antara mereka hanya seinci. Wajah Scarlet sudah kelihatan pucat, dia takut, dadanya berdebar-debar namun kakinya enggan bergerak.
    "Are you sure you want to know?" bisik Raiza lembut membuatkan degupan jantung Scarlet kian mengganas. Scarlet menundukkan wajahnya dan cuba mundur setapak ke belakang tetapi niatnya itu terbatal apabila Raiza tiba-tiba memaut pinggangnya membuatkan kedua-dua tubuh mereka bersatu.
    "Raiza," ucap Scarlet dengan nada yang bergetar. Bulat matanya memandang wajah Raiza.
    Lelaki itu tersenyum. "Ini kali pertama aku dengar kau sebut nama aku, Scarlet. It's nice hearing that from you," ujar Raiza pula.
    "Boss, please let me go," pinta Scarlet sambil menolak tubuh Raiza tapi tubuh gagah Raiza langsung tidak tergerak. Mungkin kerana Scarlet sendiri tiada kekuatan untuk menolak Raiza.
    "Aku rasa, kau sendiri tahu jawapannya, Scarlet. You know how i feel, right?"
    Scarlet sudah menelan liur. Mata yang bersinar itu ditatap tanpa berkelip. Aku pasti sedang bermimpi. Kalau ini mimpi, aku harus bangun!
    "Scarlet! Scarlet!" suara Sapphire yang kuat mengejutkan Scarlet dari mimpinya. Matanya terbuka luas memandang siling.
    "Kar okey tak ni?" tanya Sapphire dengan nada risau. Cemas apabila dia terbangun mendapati Scarlet bercakap dalam tidur.
    Scarlet terus duduk. Dia menguak rambutnya ke belakang. Terasa dahi dan tengukknya sudah melekit dek peluh.
    "Kar ada cakap apa-apa tak tadi?" soal Scarlet cemas. Dia takut jika dia tercakap sesuatu yang tidak sepatutnya.
    "Ya, Kar asyik jerit 'tidak' banyak kali, macam Kar dikejar hantu pula," ujar Sapphire.
    Mendengar jawapan Sapphire, Scarlet terus menghembus nafas lega. Dia terus ketawa kecil.
    "Kar memang kena kejar hantu, nasib baik cuma mimpi," bohongnya.
    "Em... yalah tu. Lebih baik Kar bangun, dan mandi. Baju Kar dah basah dengan peluh," arah Sapphire pula. Scarlet melihat baju pajamanya yang sudah basah dibahagian leher.
    "Ya tak ya juga. Kar mandi dululah." Akur Scarlet. Dia pun turun dari katil dan mencapai tuala dan terus ke bilik air.


"HA, macam mana tidur semalam? Encik Raiza selesa tak? Rumah kami ni takda penghawa dingin," tanya Encik Justin semasa mereka bersarapan dimeja makan.
    Raiza hanya tersenyum. " Saya selesa, uncle. Selalunya, saya tak biasa tidur kat tempat lain tapi kali ini pelik pula. Saya dapat tidur lena, mungkin sebab aunty dah halau nyamuk-nyamuk semalam. Terima kasih, aunty," ucap Raiza ikhlas.
    Puan Evelyn sudah tersenyum. "Aunty ni tuan rumah, Encik Raiza pula tetamu aunty. Mestilah aunty jaga tetamu aunty sebaik yang boleh,"
    "Aunty, uncle, kalau boleh saya taknaklah aunty dan uncle anggap saya ni cuma sebagai tetamu tapi sebagai kawan Scarlet. Tak perlu panggil Encik, panggil Raiza saja. Saya mohon aunty, uncle,"ucap Raiza sambil memandang wajah kedua-dua orang tua itu silih berganti.
    Encik Justin dan Puan Evelyn sudah saling berpandangan. Rasa serba-salah pula apabila Raiza meminta seperti itu.
    "Please?" rayu Raiza lagi tidak ingin berputus asa.
    "Baiklah, baiklah. Raiza, nak. Kami akan anggap Raiza ni kawan Scarlet," jawab Puan Evelyn akhirnya. Menyerah kalah pada kesungguhan yang Raiza tunjukkan.
    Raiza memandang Encik Justin pula. Matanya bersinar menanti jawapan lelaki itu.
    "Yalah, yalah. Uncle pun ikut saja, Raiza," akur Encik Justin.
    Senyuman pada bibir Raiza terus berbunga-bunga. Wajahnya yang sayu tadi tiba-tiba bertukar ceria.
    "Yes. Terima kasih, aunty, uncle. Saya takkan sia-siakan anak aunty," ujar Raiza.
    "Huh?" serentak Encik Justin dan Puan Evelyn memandang Raiza.
    "Am..maksud saya, saya takkan ambil kecil pasal majlis perkahwinan Scarlet. Itu maksud saya," kata Raiza, pantas saja membetulkan ayatnya. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini selalu saja dia tersasul seolah-olah otaknya tidak seiring dengan mulutnya.
    "Oya, tunang Scarlet tak pulang ke kampungkah?" tanya Raiza pula.
    "Kemarin Edd ada call, katanya seminggu sebelum perkahwinan baru dia akan pulang. Dia cuti seminggu," jawab Puan Evelyn.
    "Dia polis,kan?" tanya Raiza lagi.
    "Eya, memang cita-cita Edd nak jadi polis sejak kecil lagi. Bila besar, dia betul-betul tunaikan impiannya," jawab Encik Justin pula.
    Raiza sudah mengangguk-angguk.Mendengar jawapan Encik Justin, dia dapat rasakan betapa eratnya hubungan kekeluargaan antara Scarlet dan keluarga tunang gadis itu. Pasti Scarlet dan tunangnya sudah kenal lama.
    "So, Scarlet dan Edd memang dah lama bercinta?"
    "Oh, tak, tak. Mereka tak bercinta, mereka ni kawan rapat. Keluarga kami pun rapat. Keluarga Edd datang meminang dengan persetujuan Edd. Kar mulanya tak setuju tapi entah macam mana, tiba-tiba saja dia ubah fikiran. Mungkin dia benar-benar cintakan Edd," jawab Puan Evelyn.
    Dahi Raiza sudah berkerut mendengar cerita Puan Evelyn. Kenapa Scarlet tiba-tiba ubah fikiran? Adakah sebab dia memang cintakan Edd atau ada sebab lain? Dalam fikiran Raiza, dia sudah membuat pelbagai andaian.
  

USAI mandi dan mengenakan pakaian, Scarlet pun mengikat rambutnya yang panjang mengurai. Kemudian, dia pun mengenakan krim muka garnier. Setelah siap semuanya, Scarlet pun melangkah keluar namun bunyi deringan telefonnya membuatkan dia tidak sempat keluar. Dia mencapai telefon tersebut. Dahinya terus berkerut apabila melihat nama si pemanggil.
    "Puan Adeline, ada apa yang saya boleh bantu?" Scarlet menyambut panggilan itu dengan debaran didada. Puan Adeline adalah ibu kepada Raiza. Dalam banyak-banyak ahli keluarga Raiza, Puan Adeline saja yang boleh membuatkan dia takut.
    "Scarlet, maaflah saya ganggu Scarlet pagi-pagi buta macam ni tapi saya perlukan bantuan Scarlet," kata Puan Adeline dengan nada yang kedengaran risau.
    Mendengar nada Puan Adeline seperti itu, dia terus melabuhkan punggung agar senang untuk dia berkomunikasi.
    "Tak apa, puan. Apa yang boleh saya bantu?" ujar Scarlet sedia membantu.
    "Saya tahu, Raiza dan bagi kamu cuti dua minggu. Saya tahu yang dia pergi mengembara seorang diri tapi saya risau sebab saya tak boleh hubung dia sejak kemarin. Kamu boleh tolong saya hubungi dia?"
    "Mengembara?" tanya Scarlet keliru.
    "Yeah, he like to travel alone. Lebih jauh lebih bagus. Selalunya saya dapat hubungi dia, tapi kali ni tak dapat pula. Seolah-olah dia tutup telefon dia supaya orang tak boleh kacau dia," terang Puan Adeline.
    Scarlet sudah tergamam. Hampir saja telefon itu jatuh dari tangannya. Raiza pergi mengembara? Tapi bukankah dia kata dia sudah memaklumkan pada keluarganya yang dia akan jadi main of honor aku? Kenapa dia berbohong?
    "Scarlet? Are you there?" soal Puan Adeline apabila tidak mendapat sebarang jawapan daripadanya.
    "Maafkan saya, puan. Saya cuma berfikir. Beginilah, kalau saya dah dapat hubung dia, saya akan terus telefon puan. Puan jangan risau, ya?" ujar Scarlet cuba menenangkan hati Puan Adeline walaupun ianya tidak memadai.
    "Baiklah. Saya tunggu panggilan kamu, Scarlet. Terima kasih, bye."
    Scarlet terus mematikan telefon. Telefon tersebut ditinggalkan atas katil lantas segera melangkah keluar dari bilik. Scarlet menghayun langkah menuju ke dapur.
    "Ah, tu pun Scarlet. Panjang umur, kami baru ja cerita pasal kau," kata Ruby sambil menggigit roti ditangannya.
    Scarlet berpura-pura tersenyum. Takut ketegangan diwajahnya itu disedari ahli keluarganya.
    "Good morning, Scarlet," ucap Raiza sambil tersenyum.
    "Ar, boss. Boleh kita bercakap sekejap. Alone," kata Scarlet apabila dia berhenti disebelah Raiza. Semua mata sudah memandang kearahnya tapi Scarlet teruskan senyuman kepura-puraannya.
    "Boleh. Jomlah," akur Raiza yang langsung tidak tahu pasal panggilan ibunya pada Scarlet. Mereka pun turun ke tanah, jauh daripada pendengaran ahli keluarganya.
    "Ada apa Scarlet?" soal Raiza sebaik saja mereka tiba dibawah pohon pokok yang terletak dihadapan rumah Scarlet.
    "Puan Adeline telefon saya tadi," jawab Scarlet sambil mengamati wajah Raiza. Dia dapat mengesan perubahan riak pada wajah lelaki itu.
    "Oh, apa mama cakap?" tanya Raiza pula. Sedaya-upaya mengawal nada suaranya agar tidak diketahui bahawa dia sudah cemas.
    "Puan kata boss pergi mengembara jauh dari mereka. Dia risau sebab dia tak boleh hubungi boss sejak kemarin. Ada apa-apa yang saya perlu tahu pasal 'pengembaraan' boss?" tanya Scarlet dengan nada menyindir.
    Raiza terdiam seribu kata. Wajah marah Scarlet ditatap dengan rasa bersalah dihati. Dia tahu gadis itu sudah tahu semua pasal pembohongannya, dia cuma tidak sangka yang dia akan tahu secepat itu.
    "Maaf, Scarlet. Aku boleh jelaskan..."
    "Saya tahu boss. Boss terpaksa tipu sebab boss takut keluarga boss tak benarkan boss buat semua ni, kan? Saya faham tindakan boss, sebab tu saya nak boss hentikan semua ni dan pulanglah," ucap Scarlet lantas segera berlalu.
    Raiza terpana saat melihat wajah Scarlet yang terluka. Walaupun seklias, dia dapat melihat betapa kecewanya Scarlet. Raiza menggigit bibir. Dia terus berpaling dan mencapai tangan Scarlet.
    "Scarlet, tunggu. Dengar dulu penjelasan aku," ujar Raiza dengan nada terdesak.
    Scarlet berhenti namun tidak menoleh. Pegangan pada tangannya perlahan-lahan terlerai.
    "Memang aku takut keluarga aku tak setuju, tapi aku nak buat semua ni untuk kau. Keluarga aku tak perlu tahu semuanya tentang apa yang aku buat. Ini keputusan saya," terang Raiza cuba mempertahankan dirinya.
    Scarlet menoleh.
    "Boss, memang boss boleh buat keputusan boss sendiri. Tapi membuat keputusan tanpa pengetahuan keluarga boss adalah perilaku seseorang yang pentingkan dirinya sendiri. Boss nak saya terima semua ni sedangkan keluarga boss tak tahu langsung pasal boss jadi maid of honor saya? Saya tak boleh, boss. Kalau saya ikutkan saja permintaan boss, itu maknanya saya juga manusia yang pentingkan diri sendiri,"
    Selesai saja menamatkan ayatnya, Scarlet terus menaiki tangga meninggalkan Raiza dengan wajah terpukul.
  

Monday 27 July 2015

My Dear Boss 4

My Dear Boss 4 



Petang itu, seperti yang dijanjikan Scarlet, dia pun membawa Raiza bersiar-siar mengelilingi kampungnya. Kampunya itu diberi nama Anggom. Kampung Anggom terpencil daripada kawasan bandar dan memakan masa hampir 2 jam setengah untuk sampai ke kampung tersebut. Tapi walaupun agak jauh dari kawasan bandar, kampung itu tetap mendapat khidmat rangkaian telefon. Penduduk kampung juga boleh melayari internet percuma. Jadi kampung itu tidaklah jauh ketinggalan dari dunia hujung jari.
    "So, Sapphire is your older sister, right?" tanya Raiza semasa mereka berjalan merentasi sawah padi.
    "Ah'ha... tua dua tahun dari saya. Ruby pula muda setahun dari saya," jawab Scarlet.
    "Jadi, diorang dua-dua ni dah kerja?"
    "Ya, Sapp nurse, Ruby pula freelance photographer,"
    Raiza hanya mengangguk-angguk. Dia baru tahu perkara itu selepas Scarlet memberitahunya. Dia memang tidak tahu apa-apa pun pasal latar belakang Scarlet.
    "Dah berapa lama mama dan bapa kau berkahwin?" soal Raiza lagi.
    Scarlet sudah memandang Raiza dengan padangan pelik. Tapi dia tetap menjawab soalan Raiza.
    "Hampir 35 tahun. Er, boss... boleh kita bincang pasal majlis perkahwinan saya?" celah Scarlet pula. Dia tidak mahu soalan itu melarat sehingga ke jauh malam.
    "Em, sorry. Aku cuma nak tahu serba sedikit pasal keluarga kau. Okey, esok-esok kita berbual lagi pasal kau dan keluarga kau, okey?" cadang Raiza pula.
    Scarlet tersenyum. "Yalah, esok saya jawab apa saja soalan boss,"
    "Bagus. So, kau dah ada baju pengantin?" soal Raiza terus membuka topik baru.
    "Dah, baju pengantin ibu saya,"
    Dahi Raiza berkerut. "Kau tak beli baju pengantin yang baru? Kan lebih baik beli yang baru?"
    "Saya yang taknak beli baru, saya nak pakai baju pengantin mama,"    
    Raiza menggigit bibir bawah. Matanya meliar seperti orang berfikir.
    "Kalau begitu, esok kita ke bandar. Bukan beli baru, tapi ubah suai sikit baju tu. Walaupun kau nak pakai baju pengantin tu, tapi ini tetap perkahwinan kau. At lease, make something different, right?" ujar Raiza. Senang menyuarakan pendapatnya.
    Scarlet diam buat seketika, memikirkan cadangan Raiza. Tidak pernah terlintas dalam fikirnnya untuk mengubah-suai baju itu kerana apa yang dia mahu adalah semua benda itu berlalu dengan cepat. Tak perlu fikir banyak-banyak. Tapi apabila Raiza sukarela dan bersungguh-sungguh untuk mengurus majlis perlahwinannya, dia tidak mahu mengecewakan lelaki itu.
    "Baiklah, saya ikut saja," jawab Scarlet.
    "Okey. Pasal makanan dan minuman tu aku dah call somebody jadi korang tak perlu risau. Semua tempat dan perhiasan pun saya dah selesaikan. Minggu depan diorang akan datang untuk pasang semua yang patut,"
    Kening Scarlet terangkat. Terkejut mendengar penyataan Raiza. Lelaki itu sampai ke kampungnya belum pun sehari, tapi semua kerja dia dah bereskan? Aku kah boss yang robot ni?
    "Dah siap? Maksud boss semuanya?" tanya Scarlet seakan tidak percaya.
    Raiza mengangguk. "Ya, cuma saya perlu buat conformation dengan diorang untuk kali terakhir. Jangan risau, semua yang aku upah adalah pekerja profesional dan dari company yang aku percaya, so just relax," ucap Raiza tenang.
    Scarlet kagum. Dalam masa sehari, dia dapat menyempurnkan tugasnya tanpa cacat celah.
    "Jadi, esok kau memang betul-betul free untuk jawab semua soalan aku," Raiza sudah tergelak-gelak.
    Scarlet terus mengetap bibir. Jadi itu adalah sebab utama kenapa dia selesaikan semua tugasnya dalam masa sehari? Supaya aku boleh jawab semua soalan dia? Licik betul boss ni!
    Scarlet hanya ketawa kecil. Dia memang tidak setanding dengan Raiza. Dia fikirkan bila dia dipilih menjadi PA Raiza, dia ingat dia adalah yang terbaik daripada yang terbaik kerana dapat menengani Raiza tapi sebenarnya Raiza adalah yang terbaik daripada mereka semua.
    "Cantiklah tempat ni, Scarlet. Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal yang kau ada kampung seindah ini?" ucap Raiza sambil memandang sawah yang subur menghijau dihadapannya. Cuaca yang mendung itu menambahkan lagi kesegaran kampung tersebut. Rasa sejuk dan nyaman.
    "Saya tak tahu pula boss suka kawasan desa, kalau saya tahu dah lama saya rekomen tempat-tempat percutian macam ni,"
    "Tapi mungkin tak secantik kampung kau," jawab Raiza pula.
    "Yalah, yalah... boss tinggallah kat kampung ni selama mana yang boss nak. Boleh sekali buat rumah kat sini," gurau Scarlet.
    "Betul ni? Aku boleh tinggal kat sini?" tiba-tiba Raiza berpaling dengan wajah ceria sehingga membuat Scarlet terpana. Wajah Raiza benar-benar kelihatan begitu gembira seperti seorang kanak-kanak yang diberikan anak patung. Scarlet tidak pernah melihat reaksi yang begitu jujur daripada Raiza selama ini.
    "Ah, em!" jawab Scarlet.
    Dengan rasa gembira yang menebal dalam dadanya, Raiza pun membelakangi Scarlet semula. Hatinya tidak puas memandang pemandangan diperbukitan.
    Tapi dalam kesenangan Raiza, hati Scarlet merana. Dia bakal berkahwin dan lelaki impiannya bukanlah bakal suaminya. Tetapi lelaki yang sedang membelakanginya saat itu. Jika semua ini berterusan, dia akan mati.
    Perlahan-lahan Scarlet memalingkan tubuhnya. Matanya sudah mula basah. Setitis demi setitis air mata jatuh ke pipinya. Dia tahu, kehadiran Raiza disampingnya menyulitkan lagi keadaan tapi disebabkan rasa pentingkan dirinya, dia mengambil kesempatan itu untuk membina memori bersama Raiza. Walaupun ia cuma hanya sekadar mimpi yang tidak mungkin akan menjadi kenyataan.
   

Malam itu, kali pertama Raiza makan malam bersama keluarga Scarlet. Meja makan itu riuh dengan cerita-cerita lama berkaitan dengan tiga adik-beradik perempuan itu. Baru dia tahu yang dulunya, Scarlet adalah tomboy. Suka berpakaian lelaki, dan tidak suka memanjangkan rambutnya tapi bila meningkat dewasa. Sedikit demi sedikit ciri-ciri kewanitaan dalam diri Scarlet menengelami sifat kekasarannya.
    Raiza juga baru tahu yang Scarlet pernah patah kaki sebab naik pokok jambu. Monyet betul. Bisik Raiza dalam hati.
    Usai makan malam, Raiza pun turun ke tanah dan duduk di kerusi panjang dihalaman rumah Scarlet. Sangkanya pemandangn petang tadi adalah pemandangan yang paling pernah dia saksikan tapi sangkannya melesat selepas menikmati memadangan bintang.
    Seumur hidupnya, dia tidak pernah menyaksikan taburan bintang yang sungguh terang dan banyak didada langit. Ini kali pertama.
    "Beautiful, right?"
    Tiba-tiba seorang gadis duduk disebelah Raiza. Sapphire meletakkan secawan tea yang masih panas disebelah Raiza.
    "It's very beautiful," akui Raiza.
    "Ini saya bawakan tea. Scarlet yang buat tapi saya hantarkan sebab dia buat kerja kat dapur,"
    "Terima kasih," ucap Raiza sambil mengangkat cawan tersebut.
    "So, macam mana? Boleh handle suasana kampung? Maksud saya, Encik Raizakan dibesarkan dibandar," tanya Sapphire.
    Raiza tersenyum. "Tak perlulah panggil encik, panggil Raiza ja. Lagi selesa. Sebenarnya, saya suka kawasan desa terutamanya tempat-tempat macam ni, so i got no complain," jawab Raiza jujur.
    Sapphire sudah mengangguk-angguk. Mengerti dengan jawapan Raiza.
    "Em, Raiza. Mungkin soalan saya ni terlalu mengejut tapi saya perlu tanya awak juga,"
    Raiza memandang Sapphire. "Awak nak tanya apa?"
    "Do you love my sister?"
    Hampir terlepas cawan itu dari tangan Raiza. Walaupun tea itu tidak tumpah sepenuhnya tapi setitis sudah cukup panas. Nasib baik seluarnya tebal.
    "Sorry, sorry!" pinta Sapphire cemas. Pantas dia menggambil cawan itu dari tangan Raiza dan meletakkan atas kerusi.
    "Are you okey?" tanya Sapphire pula.
    "I'm okey,i'm okey...its fine,"
    "I'm so sorry, saya tak sengaja nak buat awak terkejut," pinta Sapphire tidak henti-henti.
    "Tak apa, Sapphire. Bukan salah awak pun, saya yang tak hati-hati. Jangan risau,"
    Sapphire sudah duduk. "Saya tanya sebab saya curiga dengan niat awak. Perbuatan awak ni bukan perkara biasa yang orang boleh buat walaupun berduit. Lagi-lagi untuk seorang pekerja. So i just assume that deep down, you actually love her," terang Sapphire. Sama ada firasatnya itu benar atau tidak, semua itu harus dibongkari. Jika benar Raiza menyukai adiknya, bila tiba saat perkahwinan Scarlet apa akan jadi? Dan Scarlet pula. Dia tahu isi hati adiknya walaupun gadis itu tidak pernah mengakui perasaannya bahawa lelaki yang dia ingin kahwini adalah Raiza.
    Raiza menghela nafas panjang. Setelah menenangkan hatinya, dia pun duduk.
    "Saya tak tahu. Saya sebenarnya masih keliru. Pada saat Scarlet memberitahu tentang perkahwinan dia, saya rasa saya tiba-tiba saja kehilanggan sesuatu yang penting dan saya tak tahu kenapa perasaan ini boleh timbul, sebab tu..."
    "Sebab tu awak jadi maid of honor Scarlet?" pintas Sapphire.
    Raiza memandang Sapphire lantas perlahan-lahan mengangguk.
    "Tapi kalau sampai Scarlet kahwin dan perasaan itu sebenarnya tiada apa-apa pun, macam mana? Takkah awak yang rugi?"
    Raiza tersenyum nipis. "Betul ataupun tidak. It's still worth it, because it's Scarlet," jawab Raiza tulus.
    Sapphire hanya ketawa. "Oh, okeylah kalau macam tu. Yang penting kebenarnnya itu tidak akan memusnahkan sesiapa," ujar Sapphire lantas bangkit.
    Dahi Raiza berkerut mendengar ayat terakhir Sapphire. "Apa maksud kau musnah?"
    Tapi Sapphire hanya menjawab dengan lambaian tangan sambil dia menaiki tangga masuk ke rumah. Pemergian Sapphire meninggalkan seribu satu pertanyaan dalam kepala Raiza.
   

Sunday 26 July 2015

My Dear Boss 3

My Dear Boss 3

PAK!
"Kar dah gila? Kar suruh dia jadi maid of honor Kar buat apa?"
Puan Evelyn memukul kuat bahu Scarlet membuatkan Scarlet hampir merintih kesakitan tetapi Scarlet menahan rasa sakit itu kerana takut majikannya yang sedang duduk ditemani dua orang adik-beradiknya terdengar jeritnya.
    "Sakitlah ma," rintih Scarlet perlahan sambil mengusap-usap lengannya.
    "Kan Kar dah cakap, boss sendiri yang nak. Dia desak Kar, Kar nak buat macam mana?" terang Scarlet cuba menjelaskan situasinya. Dia juga serabut disebabkan Raiza, sekarang bertambah pula kemarahan ibu bapanya.
    "Kamu tahukan, dia tu boss kamu? Kamu tak takut kena pecat, Kar?" kata Encik Justin pula.
    Scarlet sudah berdiri disebelah Encik Justin.
    "Memanglah Kar takut, pa. Tapi Kar dah tolak habis-habisan cadangan dia tu, pa tapi dia tak setuju. Dia nak juga,"
    Encik Justin sudah mengeluh. "Keluarga dia dah tahu semua ni? Macam mana pula dengan teman wanita dia?"
    "Keluarga dia dah tahu, dan dia cakap diorang okey aja. Kalau pasal teman wanita pula, Kar tak tanya,"
    Pak!
    Lengan Scarlet sekali lagi dipukul.
    "Ma!" rintih Scarlet kuat.
    "Kar tak tanya pasal teman wanita dia? Kalau teman wanita dia tahu dan serang Kar kat pejabat macam mana? Kar tak fikir semua tu?" marah Puan Evelyn.
    "Sudahlah tu, Lyn. Tu, boss Kar dah nak datang," tegur Encik Justin. Dia tidak mahu pula memalukan anak keduanya depan majikan.
    "Maaf aunty, uncle. Kalau aunty dan uncle nak marah, marah dengan saya sebab saya yang desak Scarlet," ujar Raiza dengan niat mahu menjernihkan keadaan. Dari tadi dia melihat Scarlet serba-salah dan dipukul. Rasa kasihan pula pada gadis itu. Gara-gara dia mementingkan diri, Scarlet pula jadi mangsa.
    "Kami tak marah Encik Raiza, tapi kalau anak kami buat salah terutamanya pada majikannya yang bagi gaji setiap bulan kami sebagai ibu bapa mestilah tegur. Encik Raiza ni kan majikan anak kami, pelik pula kalau Encik Raiza jadi maid of honor anak kami," ujar Puan Evelyn lembut.
    Raiza sudah tersenyum. "Semua ni tak salah, aunty. Anak aunty ni lagi banyak jasa pada saya. Dia dah macam isteri saya..."
    "Huh?" Serentak mereka bertiga bersuara kehairanan.
    "Maksud saya, isteri kat tempat kerja. Semua kerja dia akan handle kalau saya terlalu sibuk. Urusan dengan client, function, temu janji. Terkejar sana, terkejar sini. Seriously, kalau aunty dan uncle tengok Scarlet berkerja, mesti aunty dan uncle hari tu juga Scarlet letak jawatan,"
    "Saya buat semua ni sebab saya rasa bersalah pada anak aunty dan uncle. Selama ni, saya anggap dia macam robot bukan manusia. Jadi aunty, uncle..." Raiza sudah mencapai tangan Puan Evelyn dan Encik Justin. Sementara mereka hanya saling berpandangan.
    "Izinkan saya untuk buat sesuatu untuk Scarlet pada hari istimewanya. Izinkan saya, ya?" rayu Raiza sambil memandang wajah Encik Justin dan Puan Evelyn. Pasangan itu sudah saling berpandangan. Akhirnya mereka mengeluh serentak apabila mereka mencapai kata sepakat.
    "Baiklah Encik Raiza, kami izinkan kalau itulah yang Encik Raiza nak," jawab Encik Justin.
    "Ya, aunty pun setuju. Yang penting Encik Raiza okey dengan semua ni," kata Puan Evelyn pula.
    Raiza tersenyum. Hanya Tuhan yang tahu betapa lega hatinya mendengar persetujuan ibu bapa Scarlet. Seolah-olah dia sudah diterima menjadi sebahagian daripada keluarga itu.
    "Terima kasih banyak-banyak, aunty, uncle. Apa kata kalau kita duduk bincang dulu," cadang Raiza pula. Puan Evelyn dan Encik Justin mengangguk bersetuju lantas mereka pun berlalu ke ruang tamu.
    Dalam masa yang sama pula, Ruby dan Sapphire bangkit lantas menuju ke arah Scarlet. Kedua-dua gadis itu menggelengkan kepala seakan tidak percaya Raiza begitu senang memujuk ibu bapa mereka.
    "Kar, boss kau ni turun dari syurga ka apa?" tanya Ruby. Adik bongsu Scarlet dan Sapphire.
    Scarlet tergelak kecil. Sepadan sangat dengan ayat Ruby tu. Malaikat yang turun dari syurga untuk memberi keamanan dalam rumah tu.
    "Ini kali pertama ada orang yang boleh pujuk mama tau, Kar. Boss kau ni bukan calang-calang orangnya," kata Sapphire pula. Anak sulung.
    "Ya, dia memang luar biasa. Sampai aku pun boleh termakan pujukkan dia," akui Scarlet.
    "Tapikan, kenapa dia nak jadi maid of honor kau, Kar?" tanya Ruby tidak faham.
    "Yalah, selama aku hidup aku tak pernah lagi jumpa seorang majikan nak jadi maid of honor untuk pekerjanya," sokong Sapphire.
    "Aku pun tak tahulah, Bee, Saph. Tapi mungkin juga dia nak jadi boss yang baik," jawab Scarlet.
    Sapphire dan Ruby serentak memandangnya dengan mata pelik.
    "Kau betul-betul tak tahu kenapa?" tanya Ruby.
    "Aku tak tahulah. Yang aku tahu, aku nak semua ni cepat-cepat berlalu. Aku tak sanggup tengok boss tu tinggal kat sini," jawab Scarlet. Sudah malas memikirkan niat tersirat Raiza. Lebih baik tak perlu fikir dan anggap saja semua itu hadiah daripadanya.


"Maaflah boss. Bilik ni kecil. Ini bilik saya yang dulu, boss tidurlah kat sini buat sementara waktu," kata Scarlet sambil menunjukkan biliknya yang serba kekurangan itu.
    Raiza melangkah masuk sambil matanya melilau memandang sekeliling. Bilik itu sungguh kecil jika dibandingkan dengan biliknya. Semuanya diperbuat daripada kayu dan nampak seperti rumah itu sudah lama dibina. Seolah-olah, rumah itu adalah sebuah rumah tradisi. Tapi bagi Raiza, rumah itu agak cantik dan unik. Terasa sejuk dalam bilik itu.
    "It's okey, Scarlet. I like it here. Tenang. Pemandangannya pun cantik," puji Raiza sambil membuang pandangannya ke luar jendela. Matanya terus terpandang gunung-gunung hijau yang diliputi dengan kabus tebal.
    Scarlet sudah tersenyum.
    "Kalau begitu, boss rehatlah dulu. Mesti boss penat pandu kereta," kata Scarlet pula lalu dia pun mulai melangkah meninggalkan bilik itu tapi tiba-tiba tangannya dipaut.
    Scarlet tersentak lantas berpaling memandang Raiza. Matanya menatap wajah lelaki itu yang serius tiba-tiba. Entah kenapa jantungnya mula berdegup kencang.
    "Sorry..." pinta Raiza lalu melepaskan tangan Scarlet. Tanpa sedar, dia memaut tangan Scarlet. Dia juga terkejut dengan tindakan spontan itu.
    "Em.. petang ni, boleh bawa aku jalan-jalan sambil tu aku nak bincang sesuatu pasal majlis perkahwinan kau," kata Raiza cuba memecahkan rasa kekok itu.
    "Em, boleh. Kalau takda apa-apa lagi, saya keluar dulu," jawab Scarlet sambil tersenyum. Sedaya-upaya menyembunyikan resah dan getar dalam dadanya.
    Raiza hanya mengangguk. Scarlet pun berlalu sambil menutup pintu.
    Sebaik saja Scarlet keluar dari bilik itu, Scarlet terus menghembus nafas berat seolah-olah dia baru saja keluar dari dasar laut. Dia menyentuh dadanya. Masih berdegup kencang. Oh, my Boss! What am i gonna do with you?

Friday 24 July 2015

My Dear Boss 2

My Dear Boss 2


JARUM jam sudah menunjukkan tepat jam 10 malam apabila Scarlet sudah selesai mandi dan mengenakan pajama berwarna merah, warna kegemarannya. Scarlet berlalu ke dapur untuk membuat secawan nescafe. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering tanda panggilan baru masuk.
    Scarlet mengamati nama pemanggil yang tertera diskrin telefon sebelum menyambutnya dengan nada gembira.
    "Hello ma,"
    "Kata nak telefon mama lepas balik rumah, ni dah jam 10 pun masih tak telefon lagi. Terpaksalah mama yang telefon," rungut Puan Evelyn.
    Scarlet sudah tersenyum. Dia pun membawa nescafe yang sudah siap dibancuh itu ke meja makan.
    "Sorrylah ma...Kar mandi tadi, Kar baru ja nak telefon, mama dah telefon dulu," jelas Scarlet sambil melabuhkan punggung atas kerusi.
    "Em'em...yalah, yalah. Ni, boss Kar tu suruh juga Kar bercuti?" soal Puan Evelyn.
    "Ya, dia dah bagi kebenaran. Dua minggu, tak lebih dari tu,"
    "Ah, baguslah kalau macam tu. Yang penting Kar boleh balik dan langsungkan perkahwinan Kar,"
    "Yalah ma," jawab Scarlet dengan nada yang kedengaran lemah.
    "Ni, macam tak gembira ja bunyi suara tu? Kar tak excitedkah nak kahwin dengan Edd?" tanya Puan Evelyn seakan dapat meneka perasaan anaknya.
    "Takdalah ma, Excited. Kar memang excited nak berkahwin dengan Edd,"
    "Tapi?" sambung Puan Evelyn.
    Scarlet sudah mengetap bibir bawah. "Takda tapi-tapinya ma. Kar setujukan kahwin dengan Edd, apa lagi yang tak kena?"
    "Apa yang tak kena ialah, Carrie tak gembira. Mama dan papa tak pernah paksa Kar untuk berkahwin dengan Edd, Kar sendiri yang buat keputusan ni. Sebab tu mama tanya kalau Kar gembira atau tak kahwin dengan Edd,"
    "Tapi yang pentingnya, Kar berkahwin, kan? Sekarang Kar dah bersetuju. Kalau Kar tak gembira hari ni, esok-esok pasti Kar akan gembira juga, kan?"
    "Kenapa Kar marah-marah ni?" tanya Puan Evelyn pula apabila dapat mengesan perubahan nada Scarlet.
    "Kar tak marah, ma... cuma, Kar penat. Kar ngantuk," jawab Scarlet perlahan.
    Kedengaran bunyi keluhan Puan Evelyn. "Yalah Kar. Ma tak ganggu Kar lagilah, esok sajalah kita cakap lagi, ya? Selamat malam, Kar,"
    "Selamat malam," ucap Scarlet lantas mematikan talian.
    Scarlet menyandarkan tubuhnya yang tiba-tiba terasa lemah. Satu keluhan berat terhembus dari bibirnya. Scarlet menekup matanya yang terasa basah dek air mata. Entah bagaimana, air mata yang sudah lama ditahan sejak pulang kerumah itu tidak dapat ditanggungnya lagi.
    "Stop it, Kar. Kau dah janji takkan nangis lagi, kan?" bisik Scarlet sambil meraba dadanya seakan memberi kekuatan pada hatinya sendiri.
    Ting! Tong!
    Tidak semena-mena pintu lonceng Scarlet berbunyi. Dahi Scarlet berkerut. Perlahan-lahan dia menyekat air matanya dan menghampiri pintu. Dia mengintai ke luar dari lubang kecil pintunya.
    Alangkah terkejutnya dia apabila melihat wajah Raiza terpacul dihadapan pintu rumahnya.
    Scarlet panik. Cepat-cepat dia membuka pintu.
    "Boss?!" ujarnya seakan tidak percaya.
    Raiza hanya menarik bucu bibir.
    "Boss buat apa kat depan rumah saya?"
    "Boleh jemput saya masuk dulu?" pinta Raiza. Terasa janggal pula berdiri diluar.
    "Maaf. Masuklah," pelawa Scarlet. Scarlet pun membawa Raiza ke ruang tamu. Kemudian dia pun berlalu ke dapur dan membawa sebiji botol mineral dan gelas kepada Raiza.
    "Thank you," ucap Raiza.
    Scarlet pun melabuh punggung.
    "Maaflah kalau kedatangan aku ni secara tiba-tiba tapi aku mesti jumpa kau hari ni juga," ujar Raiza dengan wajah yang serius membuatkan jantung Scarlet terus berdekgup kencang.
    "Er.. tak apa boss. Kenapa boss nak jumpa saya?" tanya Scarlet.
    Raiza kelihatan tidak senang duduk. Seolah-olah ayat yang sudah diatur semasa dalam perjalanan ke rumah Scarlet itu sudah terbang entah kemana.
    "Emm...aku nak minta maaf sebab selama kau berkerja dengan aku, aku tak pernah bagi perhatian pada kau, Scarlet. Kau pekerja aku yang baik dan aku tak tahu apa-apa pun pasal pertunangan kau atau perkahwinan kau. I'm a terrible boss," sesal Raiza.
    "Itu tak benarlah, boss. Boss seorang majikan yang baik. Adil dan saksama. Boss tak pandang rendah pada sesiapa dan boss percayakan semua pekerja boss. Sebab tu semua perkerja boss hormatkan boss termasuk saya," jawab Scarlet.
    Raiza memandang Scarlet dengan rasa sesal yang menebal dalam dada. Kenapa aku rasa aku sudah kehilangan Scarlet? Kenapa gadis ini boleh membuatkan aku rasa kosong? Kenapa sekarang?
    "Boss?" tegur Scarlet apabila Raiza tidak berhenti dari memandangnya. Buat jantungnya nak meletup.
    Raiza tersentak. "Sorry.  Beginilah, Scarlet. Apa kata aku sponser perkahwinan kau?"
    "What?" Hampir terlompat Scarlet dibuatnya. "Apa maksud boss sponser?" dahi Scarlet berkerut seribu.
    "Yalah. Kau kan dah banyak buat kerja untuk aku dan kau tak pernah komplain. Jadi, biarlah kali ni aku pula yang balas. Anggap saja ini hadiah untuk perkahwinan kau,"
    "Tapi boss, saya ni pekerja boss dan boss tu majikan saya. Jadi apa yang saya buat untuk boss tu semua atas tugas,"
    Raiza sudah menggerak-gerakkan jari telunjukknya tanda tidak bersetuju dengan penyataan Scarlet.
    "No. Aku akan jadi man of honor kau, Scarlet. That's it! End of disscusion!" tegas Raiza.
    Mulut Scarlet sudah melopong.
    "Tapi..."
    "Listen, Scarlet! Kau dah bersama dengan saya selama 3 tahun dan yang aku tahu cuma nama penuh kau dan kau suka minum nescafe. 2 perkara ni saja yang aku tahu, Scarlet. Please! Mungkin selepas kau berkahwin, kau akan tinggalkan syarikat dan waktu tu aku dah tak boleh buat apa-apa lagi untuk kau. Jadi anggaplah ni hadiah pertama dan terakhir dari aku. Please?" rayu Raiza dengan mata sayu yang penuh harapan.
    Scarlet serba salah. Bukan dia tidak menghargai kesungguhan Raiza tapi semua ni tak masuk akal. Aku cuma seorang pekerja, tidak lebih dari tu. Aku tak layak dapat semua ni.
    "Tapi..."
    "Please, Scarlet. I'm begging!" rayu Raiza sekali lagi dengan suaranya yang lembut mendayu membuatkan jantung Scarlet terus cair.
    "Okey, okey. Saya setuju," jawab Scarlet sambil tersenyum lebar. Mahu tidak mahu, dia terpaksa akur apabila lelaki bernama Raiza Zeal Armstrong itu merayu dengan wajah seperti itu.
    Bibir Raiza terus menguntum senyuman. Lega benar rasa hatinya.
    "Jadi esok, aku ikut kau pulang kampung," tutur Raiza sambil tersenyum manis.
    Scarlet terus memandang Raiza. Matanya membulat. "Huh?!"


Pagi-pagi lagi Raiza sudah pun sampai dihadapan pangsapuri Scarlet. Segak bergaya menunggu disebelah SUV hitam miliknya. Scarlet yang baru saja selesai mandi menerima panggilan Raiza bahawa dia sudah pun menunggu dibawah.
    Scarlet yang tidak suka membuat orang menunggu cepat-cepat berkemas. Hampir kelam-kabut dibuatnya. Dia hanya menyarungkan t-shirt dan jeans yang sangat simple tidak seperti hari-hari dia berpakaian masuk kerja.
    Beberapa minit kemudian, dia pun sudah selesai. Dia terus berlari ke pintu tetapi tiba-tiba dia teringat yang dia masih belum bersolek. Cepat-cepat dia menuju ke meja solek dan bersolek secepat yang mungkin. Dia tidak mahu Raiza melihat wajahnya tanpa apa-apa solekan.
    15 minit lagi terbuang apabila dia selesai bersolek. Setelah berpuas hati, dia pun bergegas keluar. Pintu dan semua jendela dipastikan terkunci. Elektrik yang masih terpasang ditutup semuanya. Bagasinya yang sederhana itu dibawah menuruni tangga.
    Raiza yang mendapati Scarlet sudah pun turun, dia bergegas mendapatkan gadis itu dan mengambil bagasi itu dari tangan Scarlet.
    "Eh, tak apalah boss, saya boleh angkat." Scarlet cuba menolak tangan Raiza.
    "Tak apa. Mulai hari ni, aku adalah hamba kau. Ingat tu," jawab Raiza pula sambil tersenyum. Bagasi itu diambil dari tangan Scarlet dan membawanya ke kereta. Bagasi tersebut dimasukkan kedalam kereta lalu membukakan pintu hadapan kereta untuknya.
    Scarlet tidak dapat berkata apa-apa, dia hanya mampu melihat semua perilaku Raiza yang cukup asing baginya. Apabila Raiza memberinya isyarat untuk naik, dia hanya menurut seperti puppet. Sebentar kemudian, Raiza pun masuk ke dalam kereta.
    "Ar.. boss. Boss pastikah yang boss nak jadi maid of honor untuk saya? Macam mana dengan syarikat? Apa pula kata ibu bapa boss?" soal Scarlet dengan rasa tidak senang.
    "Scarlet, kau tak perlu risau semua tu. Pasal syarikat, adik aku yang handle semuanya. Pasal mama dan papa pula, kau tak perlu risau. Diorang okey ja," bohong Raiza. Keluarganya langsung tidak tahu yang dia menjadi maid of honor untuk seorang perempuan apatah lagi orang itu adalah PAnya sendiri. Yang mereka tahu, dia mengembara selama dua minggu.
    "Betul ni?" soal Scarlet lagi.
    Raiza sudah memandang Scarlet. Dia sudah tidak tahu apa lagi yang harus dia katakan untuk meyakinkan Scarlet.
    "Kau tak percayakan aku,kah?" soal Raiza berbaur mengugut.
    Scarlet terus menggeleng. "Percaya!" jawabnya.
    "Good. Pasang seat belt," arah Raiza pula.
    

Thursday 23 July 2015

My Dear Boss 1


My Dear Boss
Part 1

HUJAN
masih lagi lebat mencurah ke bumi semasa dia tiba ditempat destinasinya iaitu rumah majikannya, Raiza. Scarlet memandang keatas langit yang sudah hitam yang begitu amat menakutkan baginya. Dia meang tidak suka hujan waktu malam apatah lagi diikuti dengan angin kencang.
    Tubuhnya sudahlah basah kuyup dek menahan teksi-teksi yang tidak mahu berhenti dibawah hujan lebat untuk menghantar file penting yang majikannya terlupa dalam pejabat tadi. Pada ketika teksi sampai, dia sudah pun basah kuyup. Majikannya pulang awal atas urusan penting, dan pada masa yang sama dia masih lagi berada dalam pejabat walaupun sudah lebih masa bekerja, terpaksa juga dia menurut perintah.
    Scarlet membayar sewa teksi dan menyuruh pemandu itu untuk menunggunya. Dia pun keluar dan berlari sambil memeluk begnya dengan erat daripada dimasuki air hujan. Kalau tidak file itu akan musnah.
    "Cik Scarlet?" panggil pak cik Herman dengan nada terperanjat dan lantas membuka pagar. Pak cik Herman sudah mengenali Scarlet, malah semua pekerja dirumah Raiza itu sudah pun mengenalinya. Raiza sering kali memberinya tugas luaran sebagai perancang majlis dirumah itu atau apa-apa saja event. Boleh dikatakan dia bukan saja mempunyai satu pekerjaan tapi dua pekerjaan tetap. Satu sebagai PA Raiza dan satu lagi Perancang majlis peribadi untuk Raiza.
    "Pak cik Herman," balas Sarlet sambil berteduh dibawah pondok pengawal itu.
    "Kamu dah basah kuyup ni. Kamu buat apa datang malam-malam pada waktu hujan pula ni? Ini mesti kerja Encik Raiza kan?" teka Pak cik Herman dan tekaannya memang tepat.
    "Ya, ada dokumen penting yang Boss mesti tandantangan hari ini juga. Dia lupa bawa jadi saya hantarlah lagipun saya masih dalam bangunan waktu tu," terang Scarlet sambil tersenyum nipis.
    "Huh? dah dekat jam 8 pun kamu masih dalam bangunan? His... boss kita ni pernah juga bagi kamu bonus setiap bulan?" ujar Pak cik Herman dalam nada skarstik.
     Scarlet hanya tersenyum mendengar rungutan Pak cik Herman. Raiza, majikan mereka bukanlah orang yang tidak punya hari perut tapi dia layan semua pekerjanya sama rata. Tiada yang lebih tiada yang kurang. Lagipun kalau bukan sebab Raiza, dia masih lagi penganggur sampai sekarang.
    "Pak cik Herman ada payung tak?" tanya Scarlet. Dia tidak mahu melengah-lengah lagi.
    "Ah, ada. Ni. Tapi kan lebih baik kamu tinggalkan saja file tu pada saya, nanti saya bagi pada dia," cadang Pak cik Herman sambil memberikan payung berwarna kuning pada Scarlet.
    "Terima kasihlah pak cik tapi, lebih baik kalau saya saja yang hantar pada dia. Tak sopan pula kalau saya suruh pakcik yang buat kerja saya, lagipun saya ada benca nak cakap dengan boss," tolak Scarlet sopan.
    "Em, yalah. Hati-hati, jalan tu licin," pesan Pak cik Herman.
    Scarlet hanya mengangguk. Dia pun membuka payung dan berjalan menuju ke pintu rumah agam milik Raiza. Buat masa sekarang rumah besar ini hanya didiami majikannya sebab semua keluarga Raiza sedang bercuti. Tapi pelik dia tidak pernah melihat bossnya bercuti sejak dia mula bekerja dan dia bercakap pasal ni sejak 3 tahun lalu. Boss aku ni robotkah manusia?
    Scarlet menutup payung lalu menekan lonceng pintu. Beberapa saat kemudian pintu pun terbuka. Terpacul wajah mak cik Eda dihadapannya.
    "Scarlet? Mak cik tak tahu pula kamu datang? Ni kenapa ni basah kuyup?" tanya Mak cik  Eda dengan wajah terkejut.
    Scarlet hanya tersenyum nipis. "Panjang ceritanya, mak cik. Boss ada?" tanya Scarlet.
    "Ada, ada. Masuklah dulu, mak cik panggilkan," pelawa Mak cik Eda pula. Mak cik Eda adalah pengasuh Raiza sejak kecil. Kemana saja Raiza pergi, dia ada. Boleh dikatakan Mak cik Eda ni dah macam ibu kedua pada Raiza.
    Scarlet pun melangkah masuk kedalam rumah sementara Mak cik Eda memanggil Raiza. Dia pun duduk diruang tamu. Sambil menunggu dia mengeluarkan fail itu dari begnya. Scarlet mengeluh lega apabila melihat fail itu sedikit pun tidak rosak. Dia meletakkan fail itu atas meja, takut pakaiannya yang basah itu akan merosakkan fail itu pula.
    "Scarlet!" panggil Raiza.
    Mendengar panggil tersebut, Scarlet terus bangkit dan memalingkan tubuhnya kearah Raiza.
    "Kenapa basah kuyup ni? Mak Eda boleh ambilkan tuala dan buatkan Scarlet coklat panas," arah Raiza.
    "Eh, tak perlu. Tak perlu. Saya okey," pintas Scarlet sebelum sempat Mak cik Eda melaksanakan arahan Raiza.
    "Tak. Tak. Kalau kau sakit, aku yang bersalah. Aku tak nak kau sakit, faham?" ujar Raiza dengan mata mengarah.
    Scarlet sudah mengalah. Dia hanya mengangguk. Mak cik Eda pun berlalu mengambil tuala dan membuat coklat panas untuknya.
    Raiza melangkah ke ruang tamu. Dia pun melabuh punggung begitu juga Scarlet.
    "Ini failnya, boss," Scarlet memberikan fail itu pada Raiza.
    Raiza menyambut fail itu lalu membuka dan menurunkan tandatangannya disetiap muka surat yang diperlukan.
    "Er, boss sebenarnya saya ada benda nak cakap dengan boss," ujar Scarlet sambil memandang Raiza yang tidak mahu melepaskan matanya dari fail tersebut.
    "Apa dia?" tanya Raiza.
    "Saya nak minta cuti,"
    Raiza terus mengangkat wajahnya dan menatap muka Scarlet. Wajah Raiza tampak terkejut mendengar permintaan Scarlet.
    "Boleh aku tahu untuk apa?" tanya Raiza sambil menutup fail tersebut dan meletakkannya atas meja lalu dia pun bersandar dikerusi dengan kaki bersilang.
    "Er... saya ada urusan dengan keluarga," jawab Scarlet.
    "Urusan apa?" tanya Raiza lagi seakan tidak puas hati dengan jawapan Scarlet.
    "Err.." Scarlet buntu seakan semua ayat dan perkataan yang sudah dipelajarinya hilang serta-merta.
    "Okey, berapa hari?" soal Raiza pula. Melihat pertanyaanya itu membuatkan PAnya tidak senang duduk, dia pun mengalihkan soalan.
    "Dua minggu?"
    "Dua minggu?" Raiza seakan terkejut, nadanya kedengaran menjerit.
    "Untuk apa? Kalau kau tak bagi aku sebab yang munasabah, aku takkan benarkan kau bercuti begitu lama. Setakat urusan penting dengan keluarga, tak cukup Scarlet," tegas Raiza. Sejak dia mula berkerja mengambil ahli syarikat, Scarlet adalah PA yang sempurna untuknya selepas 4 orang PA sebelum ini yang telah menggagalkannya.
    "Saya nak berkahwin," ucap Scarlet.
    Kening Raiza yang tadinya berlipat seribu kita bertukar terkejut. Keningnya terangkat, matanya bulat dan mulut sedikit terlopong.
    "Come again?" Raiza meminta agar Scarlet memberinya kepastian kerana takut dia tersilap dengar.
    "Saya akan berkahwian dalam masa dua minggu ni sebab tu saya..."
    "Berkahwin? Bila masa kau bertunang?" pintas Raiza.
    "Krismas lepas,"
    "Maksud kau, 3 bulan yang lalu?"
    Scarlet mengangguk.
    Raiza sudah tergelak tidak percaya. Adakah dia orang terakhir yang tahu bahawa Scarlet sudah bertunang dan bakal berkahwin?
    "Saya ada bawa kad jemputan," ujar Scarlet lalu mencari kad tersebut dalam begnya. Tapi apabila dia membawa keluar kad tersebut, kad itu sudah rosak dek basah dengan air hujan.
    "Sorry, esok saya bawa yang baru," Dia menyimpan semula kad itu dalam begnya.
    "Itu tidak penting, Scarlet. Why don't you tell me that you got engage?" tanya Raiza marah.
    "Boss, itu cuma pertunangan saya. Tak penting pun..."
    "Tapi penting untuk aku!" tengking Raiza membuatkan Scarlet terkejut dengan reakisnya.
    "I mean... aku majikan kau. Aku perlu tahu, pertunangan kau tu penting sebab kau PA aku," terang Raiza apabila menyedari dia sudah overreacting.
    "Kalau begitu saya minta maaf, apa-apa pun saya tak boleh buat majlis pertunangan dua kali so saya jemput boss datang ke majlis perkahwinan saya. Boss datang,kan?"
    Raiza mengangguk perlahan.
    "Jadi, boss benarkan saya bercuti?" soal Scarlet pula.
    Raiza diam dalam beberapa saat,
    "Boss?" panggil Scarlet.
    "Of course. Aku benarkan kau cuti, dua minggu," jawab Raiza akhirnya.
    Scarlet sudah tersenyum. "Terima kasih boss. Esok saya bawa surat permohonan dan juga kad jemputan yang baru,"
    Raiza hanya menganggukm akur tapi wajahnya tidak menujukkan sedikit pun rasa gembira.
    "Kalau begitu, saya pulang dulu boss," Scarlet sudah bangkit.
    "Balik dengan basah macam ni?"
    "Tak apa, ada teksi yang sedang tunggu saya dekat luar. Saya pergi dulu, boss. Selamat malam," ucap Scarlet lantas mulai melangkah keluar.
    "Scarlet! Scarlet!"
    Tiba-tiba Mak cik Eda memanggilnya.
    "Ini, coklat panas. Minum dalam perjalanan ya, nanti kamu kesejukan dalam teksi tu," ujar Mak cik Eda sambil memberikan botol termos yang berisi coklat panas kepada Scarlet.
    "Kenapa tak bagi tadi?"
    Mak cik Eda tersenyum kelat. "Mak cik tengok kamu dan boss tegang sikit sebab tu mak cik tak berani ganggu,"
    "Ohh... terima kasih mak cik. Saya pergi dulu. Selamat malam," Scarlet mengambil botol tersebut lalu melangkah keluar dari rumah besar itu.
    Raiza mengemas fail itu lalu menghampiri Mak cik Eda. Wajahnya kelihatan serius dan tidak puas hati.
    "Mak Eda. Mak Eda dah tahu yang Scarlet dah tunang dan bakal berkahwin?" soal Raiza.
    "Ya, Mak Eda dah tahu,"
    "Kenapa Mak Eda tak bagitahu saya?"
    "Sebab Scarlet nak dia sendiri yang bagi tahu kamu, Raiza. Dah permintaan Scarlet, Mak Eda nak buat macam mana?"
    Raiza mencebik. Tiba-tiba dia tersentak, pantas dia memandang Mak Eda.
    "Jangan cakap yang Mak Eda juga tahu pasal pertunangan dia?" soal Raiza.
    Mak cik Eda mengangguk. "Mak Eda tahu,"
    Raiza sudah mendengus. Dia tidak percaya Mak cik Eda sanggup sembunyikan perkara itu daripadanya. Adakah mereka sengaja menyembunyikan perkara itu dari pengetahuannya sehingga Scarlet berkahwin?
    "Dan Mak Eda tak bagitahu saya? Kenapa? Sebab Scarlet suruh Mak Eda sembunyikan perkara ni dari saya?"
    "Tak. Tapi seingat Mak Eda Scarlet ada bagitahu Raiza pasal pertunangan dia. Dia tak bagitahukah?" soal Mak cik Eda pelik.
    Dahi Raiza terus berkerut. Bila? Dimana? Kenapa aku tak ingat semua tu?
    "Waktu tu, ada majlis kecil kat rumah ni. Semua adik-beradik Raiza balik rumah. Waktu tu Tuan Barney, Puan Malinee dan Cik Camelia juga ada datang. Raiza cuma lupa kot," ujar Mak cik Eda. Wanita itu pun meminta diri untuk menyelesaikan tugasnya di dapur meninggalkan Raiza dengan wajah kesal.