Pages

Followers

Wednesday 29 July 2015

My Dear Boss 5


My Dear Boss 5

SCARLET tiba-tiba dikejutkan pada pukul 5 subuh. Dia mengosok-gosok matanya sambil memandang ke kiri. Kelihatan Sapphire masih nenyak tidur disebelahnya. Oleh kerana biliknya digunakan Raiza, dia dan Sapphire terpaksa berkongsi bilik.

    Scarlet menyelak selimut dan turun dari katil. Setiap kali dia terbangun mesti kerana alarm handphone, kalau bukan kerana alarm mesti kerana panggilan alam. Dia mesti bangun dan pergi ke bilik air.
    Sebelum dia tiba dibilik air, tiba-tiba dia terdengar bunyi bising dibahagian dapur. Siapa yang ada kat dapur. Mama dan papa belum bangun lagi? Ruby lagilah! Scarlet terus tersentak apabila tiba difikirnnya bahawa orang yang didapur adalah pencuri.
    Perlahan-lahan, dia melangkah dengan senyap menghampiri dapur. Apa saja benda yang boleh dianggap senjata dicapainya terutamanya penyapu. Dengan jantung yang berdebar-debar, dia mengintai disebalik dinging.
    Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Raiza sedang menyiapkan sarapan pagi. Mulutnya terlopong besar. Adakah ini bossnya Raiza yang dipernah kenal? Atau ini benar-benar alien? Scarlet seakan tidak percaya.
    "Boss?" tegur Scarlet sambil melangkah kehadapan.
    "Scarlet, good morning!" ucap Raiza sambil meletakkan french toss yang sudah siap keatas piring.
    "What'up with the broom?" soal Raiza pula dengan dahi berkerut.
    Terpinga-pinga Scarlet meletakkan penyapu itu dibucu dinding.
    "Ar, boss buat apa ni?" soal Scarlet.
    "Making a breakfast,"
    "Kenapa boss buat? Kami kan ada, kami boleh buat. Menyusahkan boss aja," Scarlet menghampiri meja.
    Raiza sudah tersenyum-senyum. "Apa pula yang susahnya, aku selalu juga buatkan breakfast untuk keluarga aku. It's not a big deal," jawab Raiza selamba sambil tangannya lincah menyusun gelas atas meja.
    Scarlet sudah memandang Raiza. Dia benar-benar keliru dengan sikap Raiza. Kalau kemarin dia tidak ingin tahu kenapa Raiza sanggup menjadi maid of honor, sekarang dia benar-benar ingin tahu. Dia harus tahu!
    "Boss, boleh saya tanya satu soalan?"
    "Boleh," jawab Raiza sambil memandang Scarlet.
    "Kenapa boss sanggup buat semua ni? Boss cakap, boss nak jadi majikan yang baik tapi saya rasa semua tu hanya alasan untuk menutup tujuan sebenar boss, bukan?" tanya Scarlet dengan penuh harapan agar dia dapat mendengar jawapan dari bibir Raiza sendiri.
    Raiza menghembus nafas kecil lalu memandang Scarlet.
    "Kau benar-benar nak tahu tujuan sebenar aku, Scarlet?"
    "Ya," jawab Scarlet pasti.
    Raiza mengangguk, faham dengan kesungguhan Scarlet. Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri gadis itu kemudian berhenti apabila jarak antara mereka hanya seinci. Wajah Scarlet sudah kelihatan pucat, dia takut, dadanya berdebar-debar namun kakinya enggan bergerak.
    "Are you sure you want to know?" bisik Raiza lembut membuatkan degupan jantung Scarlet kian mengganas. Scarlet menundukkan wajahnya dan cuba mundur setapak ke belakang tetapi niatnya itu terbatal apabila Raiza tiba-tiba memaut pinggangnya membuatkan kedua-dua tubuh mereka bersatu.
    "Raiza," ucap Scarlet dengan nada yang bergetar. Bulat matanya memandang wajah Raiza.
    Lelaki itu tersenyum. "Ini kali pertama aku dengar kau sebut nama aku, Scarlet. It's nice hearing that from you," ujar Raiza pula.
    "Boss, please let me go," pinta Scarlet sambil menolak tubuh Raiza tapi tubuh gagah Raiza langsung tidak tergerak. Mungkin kerana Scarlet sendiri tiada kekuatan untuk menolak Raiza.
    "Aku rasa, kau sendiri tahu jawapannya, Scarlet. You know how i feel, right?"
    Scarlet sudah menelan liur. Mata yang bersinar itu ditatap tanpa berkelip. Aku pasti sedang bermimpi. Kalau ini mimpi, aku harus bangun!
    "Scarlet! Scarlet!" suara Sapphire yang kuat mengejutkan Scarlet dari mimpinya. Matanya terbuka luas memandang siling.
    "Kar okey tak ni?" tanya Sapphire dengan nada risau. Cemas apabila dia terbangun mendapati Scarlet bercakap dalam tidur.
    Scarlet terus duduk. Dia menguak rambutnya ke belakang. Terasa dahi dan tengukknya sudah melekit dek peluh.
    "Kar ada cakap apa-apa tak tadi?" soal Scarlet cemas. Dia takut jika dia tercakap sesuatu yang tidak sepatutnya.
    "Ya, Kar asyik jerit 'tidak' banyak kali, macam Kar dikejar hantu pula," ujar Sapphire.
    Mendengar jawapan Sapphire, Scarlet terus menghembus nafas lega. Dia terus ketawa kecil.
    "Kar memang kena kejar hantu, nasib baik cuma mimpi," bohongnya.
    "Em... yalah tu. Lebih baik Kar bangun, dan mandi. Baju Kar dah basah dengan peluh," arah Sapphire pula. Scarlet melihat baju pajamanya yang sudah basah dibahagian leher.
    "Ya tak ya juga. Kar mandi dululah." Akur Scarlet. Dia pun turun dari katil dan mencapai tuala dan terus ke bilik air.


"HA, macam mana tidur semalam? Encik Raiza selesa tak? Rumah kami ni takda penghawa dingin," tanya Encik Justin semasa mereka bersarapan dimeja makan.
    Raiza hanya tersenyum. " Saya selesa, uncle. Selalunya, saya tak biasa tidur kat tempat lain tapi kali ini pelik pula. Saya dapat tidur lena, mungkin sebab aunty dah halau nyamuk-nyamuk semalam. Terima kasih, aunty," ucap Raiza ikhlas.
    Puan Evelyn sudah tersenyum. "Aunty ni tuan rumah, Encik Raiza pula tetamu aunty. Mestilah aunty jaga tetamu aunty sebaik yang boleh,"
    "Aunty, uncle, kalau boleh saya taknaklah aunty dan uncle anggap saya ni cuma sebagai tetamu tapi sebagai kawan Scarlet. Tak perlu panggil Encik, panggil Raiza saja. Saya mohon aunty, uncle,"ucap Raiza sambil memandang wajah kedua-dua orang tua itu silih berganti.
    Encik Justin dan Puan Evelyn sudah saling berpandangan. Rasa serba-salah pula apabila Raiza meminta seperti itu.
    "Please?" rayu Raiza lagi tidak ingin berputus asa.
    "Baiklah, baiklah. Raiza, nak. Kami akan anggap Raiza ni kawan Scarlet," jawab Puan Evelyn akhirnya. Menyerah kalah pada kesungguhan yang Raiza tunjukkan.
    Raiza memandang Encik Justin pula. Matanya bersinar menanti jawapan lelaki itu.
    "Yalah, yalah. Uncle pun ikut saja, Raiza," akur Encik Justin.
    Senyuman pada bibir Raiza terus berbunga-bunga. Wajahnya yang sayu tadi tiba-tiba bertukar ceria.
    "Yes. Terima kasih, aunty, uncle. Saya takkan sia-siakan anak aunty," ujar Raiza.
    "Huh?" serentak Encik Justin dan Puan Evelyn memandang Raiza.
    "Am..maksud saya, saya takkan ambil kecil pasal majlis perkahwinan Scarlet. Itu maksud saya," kata Raiza, pantas saja membetulkan ayatnya. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini selalu saja dia tersasul seolah-olah otaknya tidak seiring dengan mulutnya.
    "Oya, tunang Scarlet tak pulang ke kampungkah?" tanya Raiza pula.
    "Kemarin Edd ada call, katanya seminggu sebelum perkahwinan baru dia akan pulang. Dia cuti seminggu," jawab Puan Evelyn.
    "Dia polis,kan?" tanya Raiza lagi.
    "Eya, memang cita-cita Edd nak jadi polis sejak kecil lagi. Bila besar, dia betul-betul tunaikan impiannya," jawab Encik Justin pula.
    Raiza sudah mengangguk-angguk.Mendengar jawapan Encik Justin, dia dapat rasakan betapa eratnya hubungan kekeluargaan antara Scarlet dan keluarga tunang gadis itu. Pasti Scarlet dan tunangnya sudah kenal lama.
    "So, Scarlet dan Edd memang dah lama bercinta?"
    "Oh, tak, tak. Mereka tak bercinta, mereka ni kawan rapat. Keluarga kami pun rapat. Keluarga Edd datang meminang dengan persetujuan Edd. Kar mulanya tak setuju tapi entah macam mana, tiba-tiba saja dia ubah fikiran. Mungkin dia benar-benar cintakan Edd," jawab Puan Evelyn.
    Dahi Raiza sudah berkerut mendengar cerita Puan Evelyn. Kenapa Scarlet tiba-tiba ubah fikiran? Adakah sebab dia memang cintakan Edd atau ada sebab lain? Dalam fikiran Raiza, dia sudah membuat pelbagai andaian.
  

USAI mandi dan mengenakan pakaian, Scarlet pun mengikat rambutnya yang panjang mengurai. Kemudian, dia pun mengenakan krim muka garnier. Setelah siap semuanya, Scarlet pun melangkah keluar namun bunyi deringan telefonnya membuatkan dia tidak sempat keluar. Dia mencapai telefon tersebut. Dahinya terus berkerut apabila melihat nama si pemanggil.
    "Puan Adeline, ada apa yang saya boleh bantu?" Scarlet menyambut panggilan itu dengan debaran didada. Puan Adeline adalah ibu kepada Raiza. Dalam banyak-banyak ahli keluarga Raiza, Puan Adeline saja yang boleh membuatkan dia takut.
    "Scarlet, maaflah saya ganggu Scarlet pagi-pagi buta macam ni tapi saya perlukan bantuan Scarlet," kata Puan Adeline dengan nada yang kedengaran risau.
    Mendengar nada Puan Adeline seperti itu, dia terus melabuhkan punggung agar senang untuk dia berkomunikasi.
    "Tak apa, puan. Apa yang boleh saya bantu?" ujar Scarlet sedia membantu.
    "Saya tahu, Raiza dan bagi kamu cuti dua minggu. Saya tahu yang dia pergi mengembara seorang diri tapi saya risau sebab saya tak boleh hubung dia sejak kemarin. Kamu boleh tolong saya hubungi dia?"
    "Mengembara?" tanya Scarlet keliru.
    "Yeah, he like to travel alone. Lebih jauh lebih bagus. Selalunya saya dapat hubungi dia, tapi kali ni tak dapat pula. Seolah-olah dia tutup telefon dia supaya orang tak boleh kacau dia," terang Puan Adeline.
    Scarlet sudah tergamam. Hampir saja telefon itu jatuh dari tangannya. Raiza pergi mengembara? Tapi bukankah dia kata dia sudah memaklumkan pada keluarganya yang dia akan jadi main of honor aku? Kenapa dia berbohong?
    "Scarlet? Are you there?" soal Puan Adeline apabila tidak mendapat sebarang jawapan daripadanya.
    "Maafkan saya, puan. Saya cuma berfikir. Beginilah, kalau saya dah dapat hubung dia, saya akan terus telefon puan. Puan jangan risau, ya?" ujar Scarlet cuba menenangkan hati Puan Adeline walaupun ianya tidak memadai.
    "Baiklah. Saya tunggu panggilan kamu, Scarlet. Terima kasih, bye."
    Scarlet terus mematikan telefon. Telefon tersebut ditinggalkan atas katil lantas segera melangkah keluar dari bilik. Scarlet menghayun langkah menuju ke dapur.
    "Ah, tu pun Scarlet. Panjang umur, kami baru ja cerita pasal kau," kata Ruby sambil menggigit roti ditangannya.
    Scarlet berpura-pura tersenyum. Takut ketegangan diwajahnya itu disedari ahli keluarganya.
    "Good morning, Scarlet," ucap Raiza sambil tersenyum.
    "Ar, boss. Boleh kita bercakap sekejap. Alone," kata Scarlet apabila dia berhenti disebelah Raiza. Semua mata sudah memandang kearahnya tapi Scarlet teruskan senyuman kepura-puraannya.
    "Boleh. Jomlah," akur Raiza yang langsung tidak tahu pasal panggilan ibunya pada Scarlet. Mereka pun turun ke tanah, jauh daripada pendengaran ahli keluarganya.
    "Ada apa Scarlet?" soal Raiza sebaik saja mereka tiba dibawah pohon pokok yang terletak dihadapan rumah Scarlet.
    "Puan Adeline telefon saya tadi," jawab Scarlet sambil mengamati wajah Raiza. Dia dapat mengesan perubahan riak pada wajah lelaki itu.
    "Oh, apa mama cakap?" tanya Raiza pula. Sedaya-upaya mengawal nada suaranya agar tidak diketahui bahawa dia sudah cemas.
    "Puan kata boss pergi mengembara jauh dari mereka. Dia risau sebab dia tak boleh hubungi boss sejak kemarin. Ada apa-apa yang saya perlu tahu pasal 'pengembaraan' boss?" tanya Scarlet dengan nada menyindir.
    Raiza terdiam seribu kata. Wajah marah Scarlet ditatap dengan rasa bersalah dihati. Dia tahu gadis itu sudah tahu semua pasal pembohongannya, dia cuma tidak sangka yang dia akan tahu secepat itu.
    "Maaf, Scarlet. Aku boleh jelaskan..."
    "Saya tahu boss. Boss terpaksa tipu sebab boss takut keluarga boss tak benarkan boss buat semua ni, kan? Saya faham tindakan boss, sebab tu saya nak boss hentikan semua ni dan pulanglah," ucap Scarlet lantas segera berlalu.
    Raiza terpana saat melihat wajah Scarlet yang terluka. Walaupun seklias, dia dapat melihat betapa kecewanya Scarlet. Raiza menggigit bibir. Dia terus berpaling dan mencapai tangan Scarlet.
    "Scarlet, tunggu. Dengar dulu penjelasan aku," ujar Raiza dengan nada terdesak.
    Scarlet berhenti namun tidak menoleh. Pegangan pada tangannya perlahan-lahan terlerai.
    "Memang aku takut keluarga aku tak setuju, tapi aku nak buat semua ni untuk kau. Keluarga aku tak perlu tahu semuanya tentang apa yang aku buat. Ini keputusan saya," terang Raiza cuba mempertahankan dirinya.
    Scarlet menoleh.
    "Boss, memang boss boleh buat keputusan boss sendiri. Tapi membuat keputusan tanpa pengetahuan keluarga boss adalah perilaku seseorang yang pentingkan dirinya sendiri. Boss nak saya terima semua ni sedangkan keluarga boss tak tahu langsung pasal boss jadi maid of honor saya? Saya tak boleh, boss. Kalau saya ikutkan saja permintaan boss, itu maknanya saya juga manusia yang pentingkan diri sendiri,"
    Selesai saja menamatkan ayatnya, Scarlet terus menaiki tangga meninggalkan Raiza dengan wajah terpukul.
  

No comments: