Pages

Followers

Sunday 26 July 2015

My Dear Boss 3

My Dear Boss 3

PAK!
"Kar dah gila? Kar suruh dia jadi maid of honor Kar buat apa?"
Puan Evelyn memukul kuat bahu Scarlet membuatkan Scarlet hampir merintih kesakitan tetapi Scarlet menahan rasa sakit itu kerana takut majikannya yang sedang duduk ditemani dua orang adik-beradiknya terdengar jeritnya.
    "Sakitlah ma," rintih Scarlet perlahan sambil mengusap-usap lengannya.
    "Kan Kar dah cakap, boss sendiri yang nak. Dia desak Kar, Kar nak buat macam mana?" terang Scarlet cuba menjelaskan situasinya. Dia juga serabut disebabkan Raiza, sekarang bertambah pula kemarahan ibu bapanya.
    "Kamu tahukan, dia tu boss kamu? Kamu tak takut kena pecat, Kar?" kata Encik Justin pula.
    Scarlet sudah berdiri disebelah Encik Justin.
    "Memanglah Kar takut, pa. Tapi Kar dah tolak habis-habisan cadangan dia tu, pa tapi dia tak setuju. Dia nak juga,"
    Encik Justin sudah mengeluh. "Keluarga dia dah tahu semua ni? Macam mana pula dengan teman wanita dia?"
    "Keluarga dia dah tahu, dan dia cakap diorang okey aja. Kalau pasal teman wanita pula, Kar tak tanya,"
    Pak!
    Lengan Scarlet sekali lagi dipukul.
    "Ma!" rintih Scarlet kuat.
    "Kar tak tanya pasal teman wanita dia? Kalau teman wanita dia tahu dan serang Kar kat pejabat macam mana? Kar tak fikir semua tu?" marah Puan Evelyn.
    "Sudahlah tu, Lyn. Tu, boss Kar dah nak datang," tegur Encik Justin. Dia tidak mahu pula memalukan anak keduanya depan majikan.
    "Maaf aunty, uncle. Kalau aunty dan uncle nak marah, marah dengan saya sebab saya yang desak Scarlet," ujar Raiza dengan niat mahu menjernihkan keadaan. Dari tadi dia melihat Scarlet serba-salah dan dipukul. Rasa kasihan pula pada gadis itu. Gara-gara dia mementingkan diri, Scarlet pula jadi mangsa.
    "Kami tak marah Encik Raiza, tapi kalau anak kami buat salah terutamanya pada majikannya yang bagi gaji setiap bulan kami sebagai ibu bapa mestilah tegur. Encik Raiza ni kan majikan anak kami, pelik pula kalau Encik Raiza jadi maid of honor anak kami," ujar Puan Evelyn lembut.
    Raiza sudah tersenyum. "Semua ni tak salah, aunty. Anak aunty ni lagi banyak jasa pada saya. Dia dah macam isteri saya..."
    "Huh?" Serentak mereka bertiga bersuara kehairanan.
    "Maksud saya, isteri kat tempat kerja. Semua kerja dia akan handle kalau saya terlalu sibuk. Urusan dengan client, function, temu janji. Terkejar sana, terkejar sini. Seriously, kalau aunty dan uncle tengok Scarlet berkerja, mesti aunty dan uncle hari tu juga Scarlet letak jawatan,"
    "Saya buat semua ni sebab saya rasa bersalah pada anak aunty dan uncle. Selama ni, saya anggap dia macam robot bukan manusia. Jadi aunty, uncle..." Raiza sudah mencapai tangan Puan Evelyn dan Encik Justin. Sementara mereka hanya saling berpandangan.
    "Izinkan saya untuk buat sesuatu untuk Scarlet pada hari istimewanya. Izinkan saya, ya?" rayu Raiza sambil memandang wajah Encik Justin dan Puan Evelyn. Pasangan itu sudah saling berpandangan. Akhirnya mereka mengeluh serentak apabila mereka mencapai kata sepakat.
    "Baiklah Encik Raiza, kami izinkan kalau itulah yang Encik Raiza nak," jawab Encik Justin.
    "Ya, aunty pun setuju. Yang penting Encik Raiza okey dengan semua ni," kata Puan Evelyn pula.
    Raiza tersenyum. Hanya Tuhan yang tahu betapa lega hatinya mendengar persetujuan ibu bapa Scarlet. Seolah-olah dia sudah diterima menjadi sebahagian daripada keluarga itu.
    "Terima kasih banyak-banyak, aunty, uncle. Apa kata kalau kita duduk bincang dulu," cadang Raiza pula. Puan Evelyn dan Encik Justin mengangguk bersetuju lantas mereka pun berlalu ke ruang tamu.
    Dalam masa yang sama pula, Ruby dan Sapphire bangkit lantas menuju ke arah Scarlet. Kedua-dua gadis itu menggelengkan kepala seakan tidak percaya Raiza begitu senang memujuk ibu bapa mereka.
    "Kar, boss kau ni turun dari syurga ka apa?" tanya Ruby. Adik bongsu Scarlet dan Sapphire.
    Scarlet tergelak kecil. Sepadan sangat dengan ayat Ruby tu. Malaikat yang turun dari syurga untuk memberi keamanan dalam rumah tu.
    "Ini kali pertama ada orang yang boleh pujuk mama tau, Kar. Boss kau ni bukan calang-calang orangnya," kata Sapphire pula. Anak sulung.
    "Ya, dia memang luar biasa. Sampai aku pun boleh termakan pujukkan dia," akui Scarlet.
    "Tapikan, kenapa dia nak jadi maid of honor kau, Kar?" tanya Ruby tidak faham.
    "Yalah, selama aku hidup aku tak pernah lagi jumpa seorang majikan nak jadi maid of honor untuk pekerjanya," sokong Sapphire.
    "Aku pun tak tahulah, Bee, Saph. Tapi mungkin juga dia nak jadi boss yang baik," jawab Scarlet.
    Sapphire dan Ruby serentak memandangnya dengan mata pelik.
    "Kau betul-betul tak tahu kenapa?" tanya Ruby.
    "Aku tak tahulah. Yang aku tahu, aku nak semua ni cepat-cepat berlalu. Aku tak sanggup tengok boss tu tinggal kat sini," jawab Scarlet. Sudah malas memikirkan niat tersirat Raiza. Lebih baik tak perlu fikir dan anggap saja semua itu hadiah daripadanya.


"Maaflah boss. Bilik ni kecil. Ini bilik saya yang dulu, boss tidurlah kat sini buat sementara waktu," kata Scarlet sambil menunjukkan biliknya yang serba kekurangan itu.
    Raiza melangkah masuk sambil matanya melilau memandang sekeliling. Bilik itu sungguh kecil jika dibandingkan dengan biliknya. Semuanya diperbuat daripada kayu dan nampak seperti rumah itu sudah lama dibina. Seolah-olah, rumah itu adalah sebuah rumah tradisi. Tapi bagi Raiza, rumah itu agak cantik dan unik. Terasa sejuk dalam bilik itu.
    "It's okey, Scarlet. I like it here. Tenang. Pemandangannya pun cantik," puji Raiza sambil membuang pandangannya ke luar jendela. Matanya terus terpandang gunung-gunung hijau yang diliputi dengan kabus tebal.
    Scarlet sudah tersenyum.
    "Kalau begitu, boss rehatlah dulu. Mesti boss penat pandu kereta," kata Scarlet pula lalu dia pun mulai melangkah meninggalkan bilik itu tapi tiba-tiba tangannya dipaut.
    Scarlet tersentak lantas berpaling memandang Raiza. Matanya menatap wajah lelaki itu yang serius tiba-tiba. Entah kenapa jantungnya mula berdegup kencang.
    "Sorry..." pinta Raiza lalu melepaskan tangan Scarlet. Tanpa sedar, dia memaut tangan Scarlet. Dia juga terkejut dengan tindakan spontan itu.
    "Em.. petang ni, boleh bawa aku jalan-jalan sambil tu aku nak bincang sesuatu pasal majlis perkahwinan kau," kata Raiza cuba memecahkan rasa kekok itu.
    "Em, boleh. Kalau takda apa-apa lagi, saya keluar dulu," jawab Scarlet sambil tersenyum. Sedaya-upaya menyembunyikan resah dan getar dalam dadanya.
    Raiza hanya mengangguk. Scarlet pun berlalu sambil menutup pintu.
    Sebaik saja Scarlet keluar dari bilik itu, Scarlet terus menghembus nafas berat seolah-olah dia baru saja keluar dari dasar laut. Dia menyentuh dadanya. Masih berdegup kencang. Oh, my Boss! What am i gonna do with you?

1 comment:

Unknown said...

BEST 3X NAK LAGI.