Pages

Followers

Thursday 23 July 2015

My Dear Boss 1


My Dear Boss
Part 1

HUJAN
masih lagi lebat mencurah ke bumi semasa dia tiba ditempat destinasinya iaitu rumah majikannya, Raiza. Scarlet memandang keatas langit yang sudah hitam yang begitu amat menakutkan baginya. Dia meang tidak suka hujan waktu malam apatah lagi diikuti dengan angin kencang.
    Tubuhnya sudahlah basah kuyup dek menahan teksi-teksi yang tidak mahu berhenti dibawah hujan lebat untuk menghantar file penting yang majikannya terlupa dalam pejabat tadi. Pada ketika teksi sampai, dia sudah pun basah kuyup. Majikannya pulang awal atas urusan penting, dan pada masa yang sama dia masih lagi berada dalam pejabat walaupun sudah lebih masa bekerja, terpaksa juga dia menurut perintah.
    Scarlet membayar sewa teksi dan menyuruh pemandu itu untuk menunggunya. Dia pun keluar dan berlari sambil memeluk begnya dengan erat daripada dimasuki air hujan. Kalau tidak file itu akan musnah.
    "Cik Scarlet?" panggil pak cik Herman dengan nada terperanjat dan lantas membuka pagar. Pak cik Herman sudah mengenali Scarlet, malah semua pekerja dirumah Raiza itu sudah pun mengenalinya. Raiza sering kali memberinya tugas luaran sebagai perancang majlis dirumah itu atau apa-apa saja event. Boleh dikatakan dia bukan saja mempunyai satu pekerjaan tapi dua pekerjaan tetap. Satu sebagai PA Raiza dan satu lagi Perancang majlis peribadi untuk Raiza.
    "Pak cik Herman," balas Sarlet sambil berteduh dibawah pondok pengawal itu.
    "Kamu dah basah kuyup ni. Kamu buat apa datang malam-malam pada waktu hujan pula ni? Ini mesti kerja Encik Raiza kan?" teka Pak cik Herman dan tekaannya memang tepat.
    "Ya, ada dokumen penting yang Boss mesti tandantangan hari ini juga. Dia lupa bawa jadi saya hantarlah lagipun saya masih dalam bangunan waktu tu," terang Scarlet sambil tersenyum nipis.
    "Huh? dah dekat jam 8 pun kamu masih dalam bangunan? His... boss kita ni pernah juga bagi kamu bonus setiap bulan?" ujar Pak cik Herman dalam nada skarstik.
     Scarlet hanya tersenyum mendengar rungutan Pak cik Herman. Raiza, majikan mereka bukanlah orang yang tidak punya hari perut tapi dia layan semua pekerjanya sama rata. Tiada yang lebih tiada yang kurang. Lagipun kalau bukan sebab Raiza, dia masih lagi penganggur sampai sekarang.
    "Pak cik Herman ada payung tak?" tanya Scarlet. Dia tidak mahu melengah-lengah lagi.
    "Ah, ada. Ni. Tapi kan lebih baik kamu tinggalkan saja file tu pada saya, nanti saya bagi pada dia," cadang Pak cik Herman sambil memberikan payung berwarna kuning pada Scarlet.
    "Terima kasihlah pak cik tapi, lebih baik kalau saya saja yang hantar pada dia. Tak sopan pula kalau saya suruh pakcik yang buat kerja saya, lagipun saya ada benca nak cakap dengan boss," tolak Scarlet sopan.
    "Em, yalah. Hati-hati, jalan tu licin," pesan Pak cik Herman.
    Scarlet hanya mengangguk. Dia pun membuka payung dan berjalan menuju ke pintu rumah agam milik Raiza. Buat masa sekarang rumah besar ini hanya didiami majikannya sebab semua keluarga Raiza sedang bercuti. Tapi pelik dia tidak pernah melihat bossnya bercuti sejak dia mula bekerja dan dia bercakap pasal ni sejak 3 tahun lalu. Boss aku ni robotkah manusia?
    Scarlet menutup payung lalu menekan lonceng pintu. Beberapa saat kemudian pintu pun terbuka. Terpacul wajah mak cik Eda dihadapannya.
    "Scarlet? Mak cik tak tahu pula kamu datang? Ni kenapa ni basah kuyup?" tanya Mak cik  Eda dengan wajah terkejut.
    Scarlet hanya tersenyum nipis. "Panjang ceritanya, mak cik. Boss ada?" tanya Scarlet.
    "Ada, ada. Masuklah dulu, mak cik panggilkan," pelawa Mak cik Eda pula. Mak cik Eda adalah pengasuh Raiza sejak kecil. Kemana saja Raiza pergi, dia ada. Boleh dikatakan Mak cik Eda ni dah macam ibu kedua pada Raiza.
    Scarlet pun melangkah masuk kedalam rumah sementara Mak cik Eda memanggil Raiza. Dia pun duduk diruang tamu. Sambil menunggu dia mengeluarkan fail itu dari begnya. Scarlet mengeluh lega apabila melihat fail itu sedikit pun tidak rosak. Dia meletakkan fail itu atas meja, takut pakaiannya yang basah itu akan merosakkan fail itu pula.
    "Scarlet!" panggil Raiza.
    Mendengar panggil tersebut, Scarlet terus bangkit dan memalingkan tubuhnya kearah Raiza.
    "Kenapa basah kuyup ni? Mak Eda boleh ambilkan tuala dan buatkan Scarlet coklat panas," arah Raiza.
    "Eh, tak perlu. Tak perlu. Saya okey," pintas Scarlet sebelum sempat Mak cik Eda melaksanakan arahan Raiza.
    "Tak. Tak. Kalau kau sakit, aku yang bersalah. Aku tak nak kau sakit, faham?" ujar Raiza dengan mata mengarah.
    Scarlet sudah mengalah. Dia hanya mengangguk. Mak cik Eda pun berlalu mengambil tuala dan membuat coklat panas untuknya.
    Raiza melangkah ke ruang tamu. Dia pun melabuh punggung begitu juga Scarlet.
    "Ini failnya, boss," Scarlet memberikan fail itu pada Raiza.
    Raiza menyambut fail itu lalu membuka dan menurunkan tandatangannya disetiap muka surat yang diperlukan.
    "Er, boss sebenarnya saya ada benda nak cakap dengan boss," ujar Scarlet sambil memandang Raiza yang tidak mahu melepaskan matanya dari fail tersebut.
    "Apa dia?" tanya Raiza.
    "Saya nak minta cuti,"
    Raiza terus mengangkat wajahnya dan menatap muka Scarlet. Wajah Raiza tampak terkejut mendengar permintaan Scarlet.
    "Boleh aku tahu untuk apa?" tanya Raiza sambil menutup fail tersebut dan meletakkannya atas meja lalu dia pun bersandar dikerusi dengan kaki bersilang.
    "Er... saya ada urusan dengan keluarga," jawab Scarlet.
    "Urusan apa?" tanya Raiza lagi seakan tidak puas hati dengan jawapan Scarlet.
    "Err.." Scarlet buntu seakan semua ayat dan perkataan yang sudah dipelajarinya hilang serta-merta.
    "Okey, berapa hari?" soal Raiza pula. Melihat pertanyaanya itu membuatkan PAnya tidak senang duduk, dia pun mengalihkan soalan.
    "Dua minggu?"
    "Dua minggu?" Raiza seakan terkejut, nadanya kedengaran menjerit.
    "Untuk apa? Kalau kau tak bagi aku sebab yang munasabah, aku takkan benarkan kau bercuti begitu lama. Setakat urusan penting dengan keluarga, tak cukup Scarlet," tegas Raiza. Sejak dia mula berkerja mengambil ahli syarikat, Scarlet adalah PA yang sempurna untuknya selepas 4 orang PA sebelum ini yang telah menggagalkannya.
    "Saya nak berkahwin," ucap Scarlet.
    Kening Raiza yang tadinya berlipat seribu kita bertukar terkejut. Keningnya terangkat, matanya bulat dan mulut sedikit terlopong.
    "Come again?" Raiza meminta agar Scarlet memberinya kepastian kerana takut dia tersilap dengar.
    "Saya akan berkahwian dalam masa dua minggu ni sebab tu saya..."
    "Berkahwin? Bila masa kau bertunang?" pintas Raiza.
    "Krismas lepas,"
    "Maksud kau, 3 bulan yang lalu?"
    Scarlet mengangguk.
    Raiza sudah tergelak tidak percaya. Adakah dia orang terakhir yang tahu bahawa Scarlet sudah bertunang dan bakal berkahwin?
    "Saya ada bawa kad jemputan," ujar Scarlet lalu mencari kad tersebut dalam begnya. Tapi apabila dia membawa keluar kad tersebut, kad itu sudah rosak dek basah dengan air hujan.
    "Sorry, esok saya bawa yang baru," Dia menyimpan semula kad itu dalam begnya.
    "Itu tidak penting, Scarlet. Why don't you tell me that you got engage?" tanya Raiza marah.
    "Boss, itu cuma pertunangan saya. Tak penting pun..."
    "Tapi penting untuk aku!" tengking Raiza membuatkan Scarlet terkejut dengan reakisnya.
    "I mean... aku majikan kau. Aku perlu tahu, pertunangan kau tu penting sebab kau PA aku," terang Raiza apabila menyedari dia sudah overreacting.
    "Kalau begitu saya minta maaf, apa-apa pun saya tak boleh buat majlis pertunangan dua kali so saya jemput boss datang ke majlis perkahwinan saya. Boss datang,kan?"
    Raiza mengangguk perlahan.
    "Jadi, boss benarkan saya bercuti?" soal Scarlet pula.
    Raiza diam dalam beberapa saat,
    "Boss?" panggil Scarlet.
    "Of course. Aku benarkan kau cuti, dua minggu," jawab Raiza akhirnya.
    Scarlet sudah tersenyum. "Terima kasih boss. Esok saya bawa surat permohonan dan juga kad jemputan yang baru,"
    Raiza hanya menganggukm akur tapi wajahnya tidak menujukkan sedikit pun rasa gembira.
    "Kalau begitu, saya pulang dulu boss," Scarlet sudah bangkit.
    "Balik dengan basah macam ni?"
    "Tak apa, ada teksi yang sedang tunggu saya dekat luar. Saya pergi dulu, boss. Selamat malam," ucap Scarlet lantas mulai melangkah keluar.
    "Scarlet! Scarlet!"
    Tiba-tiba Mak cik Eda memanggilnya.
    "Ini, coklat panas. Minum dalam perjalanan ya, nanti kamu kesejukan dalam teksi tu," ujar Mak cik Eda sambil memberikan botol termos yang berisi coklat panas kepada Scarlet.
    "Kenapa tak bagi tadi?"
    Mak cik Eda tersenyum kelat. "Mak cik tengok kamu dan boss tegang sikit sebab tu mak cik tak berani ganggu,"
    "Ohh... terima kasih mak cik. Saya pergi dulu. Selamat malam," Scarlet mengambil botol tersebut lalu melangkah keluar dari rumah besar itu.
    Raiza mengemas fail itu lalu menghampiri Mak cik Eda. Wajahnya kelihatan serius dan tidak puas hati.
    "Mak Eda. Mak Eda dah tahu yang Scarlet dah tunang dan bakal berkahwin?" soal Raiza.
    "Ya, Mak Eda dah tahu,"
    "Kenapa Mak Eda tak bagitahu saya?"
    "Sebab Scarlet nak dia sendiri yang bagi tahu kamu, Raiza. Dah permintaan Scarlet, Mak Eda nak buat macam mana?"
    Raiza mencebik. Tiba-tiba dia tersentak, pantas dia memandang Mak Eda.
    "Jangan cakap yang Mak Eda juga tahu pasal pertunangan dia?" soal Raiza.
    Mak cik Eda mengangguk. "Mak Eda tahu,"
    Raiza sudah mendengus. Dia tidak percaya Mak cik Eda sanggup sembunyikan perkara itu daripadanya. Adakah mereka sengaja menyembunyikan perkara itu dari pengetahuannya sehingga Scarlet berkahwin?
    "Dan Mak Eda tak bagitahu saya? Kenapa? Sebab Scarlet suruh Mak Eda sembunyikan perkara ni dari saya?"
    "Tak. Tapi seingat Mak Eda Scarlet ada bagitahu Raiza pasal pertunangan dia. Dia tak bagitahukah?" soal Mak cik Eda pelik.
    Dahi Raiza terus berkerut. Bila? Dimana? Kenapa aku tak ingat semua tu?
    "Waktu tu, ada majlis kecil kat rumah ni. Semua adik-beradik Raiza balik rumah. Waktu tu Tuan Barney, Puan Malinee dan Cik Camelia juga ada datang. Raiza cuma lupa kot," ujar Mak cik Eda. Wanita itu pun meminta diri untuk menyelesaikan tugasnya di dapur meninggalkan Raiza dengan wajah kesal.

No comments: