Pages

Followers

Tuesday 17 May 2016

My Dear Boss 6

My Dear Boss 6

Saat Scarlet dan Raiza keluar dari dapur, Ruby dan Sapphire berpandangan sambil saling mengangkat kening tanda tidak faham dengan situasi.
    "Ma, kami tengok Kar kejap, ya?" ujar Sapphire seperti meminta kebenaran.
    Puan Evelyn hanya menganggukkan. Sapphire dan Ruby pun bingkas bangkit dan menuju ke beranda. Kelihatan Scarlet dan Raiza sedang bercakap dibawah pohon pokok.
    "Diorang gaduhkah?" tanya Ruby pula apabila melihat ketegangan wajah Scarlet.
    "Tak nampakkah muka Kar tu. Kalau dah marah, serius macam singa," jawab Sapphire mengiyakan persoalan Ruby.
    Tiba-tiba Ruby tergelak. "Diorang gaduh macam pasangan suami isteri,kan?"
    Sapphire sudah memandang Ruby. Terkejut dengan penyataan Ruby.
    "Eh, tengok tu Kar dah nak naik. Kakak rasa diorang gaduh pasal apa?" tanya Ruby pula sambil kening terkerut.
    "Entahlah, Bee. Adalah tu," jawab Sapphire endah tak endah.
    Scarlet sudah tiba di beranda namun belum sempat Ruby dan Sapphire bertanya, Scarlet terus berlalu tidak mengendahkan mereka seolah-olah mereka itu adalah halimunan. Tidak lama kemudian, Raiza pun tiba di beranda.
    "Kenapa dengan Scarlet tu?" tanya Sapphire sambil memandang wajah Raiza yang resah.
    "I need to go back. Kalau Scarlet dah redah, bagitahu dia yang saya minta maaf," jawab Raiza lantas beredar menuju ke biliknya.
    Sapphire dan Ruby sudah terkulat-kulat apabila ditinggalkan tanpa mendapat jawapan membuatkan hati mereka juga tidak tenang. Cepat-cepat mereka mendapatkan Scarlet, tapi sayang bilik sudah pun dikunci dari dalam. Ruby dan Sapphire serentak mengeluh.
    Mereka beralih pula mencari Raiza. Dalam bilik, kelihatan lelaki itu sedang berkemas.
    "Raiza, ada apa sebenarnya? Kenapa kau berkemas? Kalau pun kau dengan Kar gaduh, takkan kau nak pergi dari sini?" soal Sapphire seakan cuba meyakinkan Raiza agar tidak pergi.
    "Bukan sebab itu aku pergi, Sapphire. Ada tugas yang aku perlu selesaikan terlebih dahulu," jawab Raiza lantas menzip begnya setelah pakaian terakhir disumbat dalam beg tersebut.
    "Jadi, kau akan balik kat sini lagi?" tanya Ruby pula.
    Namun Raiza tidak menjawab sebaliknya dia haya tersenyum. "Bagitahu aunty dan uncle yang saya perlu balik, okey? Cakap pada diorang yang saya minta maaf sebab tak minta diri dulu. Saya pergi dulu," kata Raiza lalu mengorak langkah turun dari rumah itu. Ruby dan Sapphire tidak lagi bertanya. Mereka hanya mengekori langkah Raiza sehingga ke beranda dan hanya melihat kereta yang dipandu Raiza itu lesap dari perkarangan rumah mereka.
    "Bee, bagitahu mama dan papa pasal Raiza. Nanti kakak cakap dengan Kar," arah Sapphire pula. Isu itu harus mereka selesaikan sebelum ianya tidak dapat dikawal. Ruby menurut lantas menuju ke dapur. Sementara Sapphire menuju ke biliknya.
    "Kar, saya ni. Buka kejap pintu ni," pujuk Sappire sambil mengetuk pintu bilik tersebut. Sapphire tersenyum. Sikap paling yang disenangi Sapphire pasal Scarlet ialah, dia tak merajuk lama.
    Sesaat kemudian, pintu pun terbuka. Scarlet kembali duduk dikatil. Sapphire menghampiri lalu duduk disebelah gadis itu.
    "Kar nak bagitahu apa berlaku antara Kar dengan Raiza?" tanya Sapphire.
    "Dia tipu, Kar. Dia kata keluarga dia dah tahu pasal dia jadi maid of honor Kar tapi tadi Puan Adeline call Kar dan cakap yang boss pergi travel kat Thailand. Jauh dari diorang. Puan Adeline risau sebab sejak kemarin dia tak boleh hubungi boss. Boss tipu keluarga dia sendiri tau, kak," luah Scarlet dengan nada yang tertahan. Dia benar-benar terpukul dengan tindakan Raiza. Wajah jelas kelihatan dengan perasaan kecewa.
    "Jadi sebab tu Kar halau Raiza dari rumah kita?"
    "Kar takda niat pun nak halau dia, kak. Kar cuma nak dia pulang dan jelaskan semuanya pada keluarga dia, itu saja,"
    "Jadi, apa yang Kar buat ni semua untuk kebaikan dia? Supaya dia tak jadi anak derhaka?"
    Scarlet sudah memandang Sapphire. "Kak, walaupun bukan untuk kebaikan boss, boss harus pulang juga sebab Puan Adeline risau pasal boss. Sekurang-kurangnya, dia tak perlu sembunyikan apa-apa dari keluarga dia,"
    "Tapi mungkin dia ada sebab dia sendiri kenapa dia harus menyembunyikan perkara ni, kan?"
    "Ya, sebab dia takut family dia tak approve dia jadi maid of honor Kar. Itu sebabnya," tukas Scarlet. Masih geram apabila teringatkan penipuan Raiza.
    "Atau, dia ada menyimpan perasaan pada Kar?" sambung Sapphire membuatkan Scarlet terus berpaling kearahnya. Dahi gadis itu sudah berkerut berlapis-lapis.
    "Kakak cakap apa ni? Boss simpan perasaan pada Kar? Mustahil!" bidas Scarlet keras. Tangannya sudah memaut kuat pada cadar katil.
    "Yalah, kalau tidak, takkan dia sanggup menipu. Dia takkan tipu keluarga dia dan jadi maid of honor Kar kalau bukan itu sebabnya, kan?" ulas Sapphire pula.
    Scarlet sudah tidak senang duduk. Telapak tangannya sudah mulai berpeluh. Dia bingkas bangkit.
    "Kakak merepek apa ni? Semua tu mustahil. Lagipun Kar dan ada tunang," Scarlet cuba mematikan serangan Sapphire.
    Sapphire mengeluh kecil. "Kar, tak semestinya Kar bertunang dengan Edd, Kar dah bagi hati Kar pada Edd. Tak. Jauh disudut hati Kar, Kar tahu siapa pemilik hati Kar, bukan?" kata Sapphire pula.
    Scarlet sudah tergelak kecil. Bukan berasa lucu pada penyataan kakaknya tapi sengaja bagi menyembunyikan keresahan dalam hatinya.
    "Kakak cakap apa ni? Kita bercakap pasal pembohongan bosskan, bukan pasal hati dan perasaan Kar," marah Scarlet pula mahu mengelak persoalan itu daripada berlarutan.
    "Ya, pada mulanya. But it's leads to this conversation, right?"
    Scarlet sudah memeluk tubuh. Sapphire terus bangkit dan berdiri dihadapannya. Jika dia tidak bertindak, bukan saja Raiza yang menipu tetapi Scarlet juga menipu akan menipu dirinya sendiri.
    "Kar ingat dengan berkahwin dengan Edd, Kar boleh lari dari realiti. Kar boleh lari dari hati Kar tapi sebenarnya, Kar makin dekat dengan dia, kan?" Sapphire menghentikan ayatnya.
    Scalet sudah menggigit bibi bawah.
    "Apa yang membuatkan Kar ubah fikiran untuk bertunang dengan Edd? Raiza. Sebab kenapa Kar mahu mempercepatkan perkahwinan Kar, sebab Raiza. Kenapa Kar setuju dengan permintaan Raiza untuk jadi maid of honor Kar? Sebab itu permintaan Raiza. Semua Raiza. Kar tak sedarkah semua ni?" sambung Sapphire sambil memaut kedua-dua bahu Scarlet. Seolah-olah mahu mengejutkan adiknya dari mimpi buruk.
    Masih terbayang imej Scarlet menangis tersedu-sedu diatas katil sambil menyebut nama Raiza. Malam itu adalah malam dimana Scarlet meminta perkahwinannya dengan Edd dipercepatkan. Atas sebab kenapa, dia tidak tahu tapi yang pasti dia tahu siapa puncanya. Raiza.
    Scarlet menggelengkan kepalanya. Dia sudah tidak mahu mendengar apa-apa lagi dari Sapphire.
    "Tak, tak! Semua ni tak benar! Tak. Kar tak cintakan Raiza, Kar tak cintakan dia!"
    Tidak semena-mena, Scarlet menitiskan air mata. Gadis itu terduduk sambil  tidak henti-henti menafikan isi hatinya yang sebenar.
    Sayu hati Sapphire melihat keadaan adiknya yang seperti gelas kaca yang terhempas atas lantai marmar. Walaupun dia sudah dihimpit, gadis itu masih lagi menafikan hatinya. Sapphire duduk melutut.
    "Kar takut apa sebenarnya?" soal sapphire sambil memegang bahu adiknya.
    Scarlet memandang wajah Sapphire dengan linangan air mata.
    "Kar tak cintakan Raiza, Kar tak pernah cintakan dia," ucap Scarlet dengan air mata yang deras mengalir tidak ubah seperti niagra fall.
    Sapphire terpana melihat kekerasan hati Scarlet. Jika kejujuran tidak boleh membebaskan Scarlet dari hatinya, biarlah pembohongan yang akan merungkai semua isi hati Scarlet.
    "Kalau benar Kar tak cintakan, Raiza. Jika dia pulang ke kampung ni, kakak nak Kar terus-terang pada dia yang lepas Kar kahwin nanti Kar akan letak jawatan sebagai PA dia. Bagitahu Raiza yang Kar benar-benar cintakan Edd, yang Kar sanggup hidup semati dengan Edd. Kar boleh buat semua tu?" ujar Sapphire akan mencabar.
    Scarlet tidak menjawab soalan Sapphire sebaliknya hanya memandang dengan mata yang memancarkan seribu satu keengganan.
    "Malam ni, kakak akan call Edd. Kakak akan suruh dia pulang esok. Jadi sebelum Edd sampai esok, kakak nak Kar fikir masak-masak apa jawapan Kar sebab selepas Kar berkahwin dengan Edd, Kar dah tak boleh undurkan masa lagi. Kakak keluar dulu," ujar Sapphire pula lantas bangkit dan terus beredar dari bilik itu tanpa memandang Scarlet lagi.
    Scarlet menjatuhkan pandangannya keatas lantai. Perasaannya kini bercampur dengan rasa takut. Esakkan serta-merta terhenti apabila Sapphire memberitahunya dia akan menghubungi Edd. Fikiran Scarlet kini kosong, dia sudah seperti orang hilang punca.

***

Raiza tiba dihadapan rumah seawal yang mungkin kerana selepas saja bertolak dari rumah Scarlet, dia tidak lagi pergi kemana-mana dan terus meluncur balik. Sebaik saja dia masuk, Puan Adeline terus mendapatkannya. Riaknya cukup terkejut apabila melihat Raiza dihadapann matanya. Baru saja dua jam yang lepas dia menghubungi Scarlet, Raiza sudah pulang ke rumah dua jam kemudian. Dia benar-benar keliru dengan situasi itu.
    "Ma," Raiza terus mendakap tubuh ibunya erat-erat.
    Puan Adeline yang masih keliru membalas pelukan anaknya.
    "Mana yang lain?" soal Raiza sambil matanya meliar melihat sekitar rumah yang luas.
    Dahi Puan Adeline berkerut melihat anaknya yang seperti kelam-kabut.
    Raiza, ada apa ni? Pandang mama," ujar Puan Adeline sambil memaut kepala Raiza agar mata mereka bertentangan.
    "Ada perkara yang Za perlu cakap dengan mama dan yang lain,"
    "Datuk Za ada kat atas, sedang berehat. Papa pula ada kat bilik studi. Rizal dah pergi kerja. Rassi masih tidur. Ada apa sebenarnya?" tanya Puan Adeline lagi.
    "Panggil papa ke bilik datuk. Za tunggu kat sana," arah Raiza pula lantas seraya menaiki tangga menuju ke bilik Tuan Raizael, datuknya.
    Mata Puan Adeline tidak henti-henti berkelip memandang Raiza tapi dia ikutkan juga arahan Raiza. Sepertinya anaknya itu sedang mempunyai masalah.
    Sejurus kemudian, Puan Adeline dan Tuan Razkiel sudah pun menapak masuk ke bilik Tuan Raizael. Kelihatan Raiza dan Tuan Raizael sudah pun duduk diruang tamu mini berhampiran dengan beranda. Puan Adeline dan Tuan Razkiel melabuh punggung.
    "Bila Za sampai? Bukan Za pergi mengembara?" tanya Tuan Razkiel binggung melihat Raiza tiba-tiba muncul dihadapan mereka.
    Raiza memandang wajah-wajah insan kesayangannya. Rasa bersalah menghimpit dadanya apabila teringatkan kata-kata Scarlet. Dia memang seorang yang mementingkan diri sendiri.
    "Ma, pa dan datuk, Za ada benda nak cakap," ucap Raiza setelah sekian lama mendiamkan diri.
    "Cakaplah Za, mama risau ni," kata Puan Adeline seakan cemas.
    "Sabar, Adeline. Za dah nak cakap tu," tegur Tuan Raizael pula.
    Raiza menyedut nafas besar-besar. "Sebenarnya, Za tak pergi Thailand. Tak pergi mana-mana pun tapi Za pergi ke kampung Scarlet,"
    Puan Adeline dan Tuan Razkiel sudah saling berpandangan. Jelas kelihatan riak kebingungan yang bertambah diwajah mereka. Sementara Tuan Raizael hanya memerhati Raiza.
    "Kampung Scarlet? Untuk apa? Kan dua minggu lagi baru Scarlet akan berkahwin?" tanya Puan Adeline. Tuan Razkiel pula sudah membetulkan duduknya.
    Raiza memandang ibunya.
    "Za offer Scarlet untuk jadi maid of honor dia,"
    Mereka tergamam mendengar pengakuan Raiza. Hampir-hampir tidak dapat bersuara kerana tidak percaya dengan kata-katanya. Tapi sayang, semua yang dia katakan ada benar.
    "Huh? Za offer apa?" Puan Adeline meminta anaknya agar mengulangi kata-katanya.
    "Za biar betul. Za ni boss Scarlet, wajarkah Za buat benda macam ni?" soal Tuan Razkiel pula tidak percaya dengan tindakan Raiza.
    "Datuk, Za minta maaf kalau perbuatan Za ni dah mengecewakan datuk. Za minta maaf juga sebab dah berbohong pada mama dan papa," pinta Raiza dengan ikhlas.
    Tuan Raizael hanya mengeluh. Jelas terpampang riak kecewa diwajahnya.
    "Sekejap, Za. Mama masih tak faham kenapa Za sanggup offer benda-benda macam ni pada Scarlet? Ya, mama tahu Scarlet seorang perkerja yang baik dan profesional tapi mama tak fikir Raiza perlu buat sampai macam ni sekali?" soal Puan Adeline. Keningnya sudah bercantum menjadi bentuk v.
    Raiza menundukkan kepalanya. Perasaannya menjadi serba salah untuk berterus-terang pasal tujuan sebenarnya. Tapi jika dia tidak mengakui dengan mulutnya sendiri, dia merasakan dia akan kehilangan Scarlet saat itu juga.
    "Sebab Za dah jatuh cinta dengan Scarlet,"
    Pengakuan Raiza itu sekali gus mengejutkan mereka.
    "But she's getting married, Za. Za tak sedarkah?" soal Tuan Razkiel dengan nada geram.
    Raiza mengeluh kecil. Dia memandang datuknya yang dari tadi hanya mendiamkan diri.
    "Betul kata papa kamu tu, Za. PA kamu tu dah bertunang dan sekejap lagi dia akan berkahwin. Sekarang ni kamu dah jadi maid of honor dia, dia akan berkahwin depan mata kamu, kamu sanggup melihat semua tu?" Akhirnya Tuan Raizael bersuara juga melontarkan soalan yang Raiza tidak pernah bayangkan akan terjadi tapi apa yang dia tahu, dia tidak mahu Scarlet berkahwin.
    "Za takkan benarkan Scarlet berkahwin," ucap Raiza sekali lagi mengejutkan ibu bapanya. Pancaran mata Raiza meyakinkan ahli keluarganya bahawa lelaki itu serius dengan kata-katanya.
    "Apa dah jadi dengan Za ni? Za sanggup rosakkan perkahwinan Scarlet semata-mata sebab Za jatuh cinta dengan dia? Lebih baik Za hentikan semua niat Za, dan biarkan Scarlet berkahwin," ujar Puan Adeline dengan nada terketar-ketar. Dia sudah takut dengan Raiza. Seolah-olah lelaki yang ada dihadapannya itu bukan lagi anaknya.
    "Jangan buat keputusan terburu-buru, Za. Kalau Za cintakan Scarlet, adakah Scarlet juga mencintai Za? Scarlet berkahwin sebab dia cintakan tunangnya, bukan?" ujar Tuan Razkiel. Cuba meyakinkan anaknya untuk berfikiran rasional.
    Raiza terdiam. Itu adalah satu persoalan yang dia tidak pernah tahu. Selama dia bersama Scarlet, dia sendiri tidak sedar bila perasaan cinta itu muncul dalam hatinya. Dia juga tidak pernah melihat apa-apa reaksi diwajah Scarlet yang mengatakan gadis itu juga menyimpan perasaan yang sama padanya. Adakah dia tersilap? Adakah cintanya itu hanya cinta bertepuk sebelah tangan?
    Raiza menelan liur kemudian menghembus nafas berat. Kalau tadi dia terdesak, kini dia sudah bertenang syukur pada kata-kata Tuan Razkiel. Perlahan-lahan Raiza menghadam kata-kata Tuan Raizael.
    "Maafkan Za, Za benar-benar buntu. Selepas Scarlet memberitahu Za pasal perkahwinannya, Za rasa macam dunia Za jadi gelap. Hati Za tiba-tiba jadi kosong. Mungkin waktu tu Za sedar yang Za akan kehilangan Scarlet. Sebab tu Za offer dia untuk jadi maid of honor dia," akui Raiza.
    "Oh, Za..." Puan Adeline terus bangkit dan mendakap anaknya. Sayu dan simpati melihat Raiza bersedih. Lelaki itu tidak sedar pun dia mencintai seorang gadis sehinggalah gadis itu sudah dimiliki. Kenapalah semua ni menimpa anak saya, Tuhan? bisik hati Puan Adeline.
    "Jadi, Za akan teruskan juga jadi maid of honor Scarlet?" soal Tuan Razkiel.
    Raiza hanya mengangguk.
    "Kamu pasti, Za? Kamu boleh berdiri dihadapan PA kamu sambil tersenyum sewaktu dia berjalan menghampiri bakal suaminya?" ujar Tuan Raizael pula.
    Raiza memandang datuknya. "Za tak tahu kalau Za boleh buat semua tu, tapi Za nak ada disana waktu dia tersenyum. Za nak mellihat dia bahagia, datuk," balas Raiza dengan nada serius.
    Mendengar jawapan cucunya, Tuan Raizael hanya mengangguk-angguk. Faham dengan keputusan Raiza.
    "Za dah fikir masak-masakkah ni?" soal Puan Adeline untuk yang terakhir kalinya.
    "Ya, ma. Za dah fikir masak-masak," jawab Raiza sambil tersenyum.
    Tuan Razkiel hanya mampu menggelengkan kepalanya. Walaupun dia tidak sanggup melihat anak sulungnya terluka tapi jika itu adalah kemahuan anaknya, dia tiada pilihan lain selain menyokong Raiza 100%.
    "Kalau dah itu yang kamu mahu, Za. Datuk cuma harap, Za dapat terima kenyataan yang Scarlet sudah dimiliki jadi semua perasaan yang Za ada Za harus hapuskan," ujar Tuan Raziel.
    Raiza hanya mengangguk lemah. Hanya itu pilihan yang dia ada walaupun dia tidak pasti jika dia mampu lakukan semua itu ataupun tidak.



P/s : sorry lambat update! enjoy reading

No comments: