Pages

Followers

Sunday 22 May 2016

My Dear Boss 7

My Dear Boss 7



Scarlet termenung jauh diberanda dengan selendang berwarna kelabu yang memeluk bahunya. Sesekali dia mengeluh berat. Apabila teringatkan pergaduhan dia dan Raiza pagi tadi, dadanya tiba-tiba menjadi sesak, menyukarkan dia untuk bernafas. Sampai begini sekali kesan yang Raiza berikan kepadanya. Selama 3 tahun dia berkerja dibawah Raiza, ini kali pertama dia tidak dapat mengawal emosinya.
    Dia tidak sangka, pertemuannya dengan Raiza membuahkan cinta dalam hatinya. Selama ini dia fikir apa yang dia rasakan hanyalah rasa hormat dan kagum semata-mata.
    Sejak bila, perasaan ini berubah? Ahh...Bila difikirkan semua, barulah aku sedar. Perasaan ini bermula sebelum lagi aku berkerja di syarikatnya. Ya, pertama kali aku melihatnya adalah sewaktu aku mengikut seminar kesetiausahaan yang dilangsungkan disalah sebuah hotel milik keluarga Raiza.
    Dia berdiri diatas pentas dengan kemeja tanpa necktie dan lengan baju yang disinsing sehingga kesiku namun sisinya yang selamba itu mampu merebut nafas aku buat seketika. Bagaimana dia boleh berdiri diatas pentas dengan pakaian ringkas itu dan masih boleh tampak yakin dan berkarisma? Pada masa itu juga, aku bertekad untuk berusaha keras untuk berkerja dibawahnya, dibawah kepimpinannya.
    Dua tahun berkerja keras, akhirnya Tuhan makbulkan doa aku bila aku di ditawarkan untuk berkerja disyarikat Raiza. Waktu itu aku masih dalam Seccretary Department. Apabila PA Raiza berkahwin dan ingin menjadi suri rumah sepenuhnya, bekas PA Raiza telah mensyorkan aku kepada Raiza.
    “Tuan, izinkan saya masuk,” pinta Emelia dihadapan pintu Raiza. Sementara Scarlet berdiri dibelakangnya dengan dada yang berdebar-debar. Selepas mereka mendapat keizinan untuk masuk, Emelia pun membukakan pintu dan mereka berdua menapak masuk ke dalam ruang pejabat Raiza. Kelihatan Raiza masih lagi membaca beberapa dokuman ditangannya. Apabila Emelia dan Scarlet menghampiri meja, dokumen itu diletakkan atas meja.
    “Tuan, inilah Scarlet yang akan ambil ahli tugas saya lepas ni.” Emelia memperkenalkan Scarlet kepada Raiza.
    “So, this is the infamous Scarlet that i heard about?” soal Raiza sambil memeluk tubuh dengan riak seakan tidak percaya.
    Scarlet hanya tertunduk.
    “She is. Please treat her well, Tuan sebab selepas saya, saya dah tak tahu siapa yang boleh ambil tugas ini lebih baik dari Scarlet,” puji Emelia sambil memandang kearah Scarlet.
    “Hmm, kalau awak tak puji dia depan saya pun saya tetap akan ambil dia sebagai pengganti awak,” jawab Raiza kemudian menghampiri Scarlet lalu menghulurkan tangannya.
    “I’m looking forward working with you, Scarlet,” ucap Raiza sambil menatap mata Scarlet dengan mata yang memancarkan keyakinannya.
    Scarlet mengangkat dagu dan membalas pandangan itu, dia menyambut tangan Raiza dengan hati yang masih berdebar.
    Scarlet tersenyum apabila terkenangkan kisah 3 tahun lalu itu. Sekarang Emelia sudah mempunyai 3 orang anak. Kadang-kadang mereka terserempak dan akan duduk disebuah cafe dan berbual-bual pasal kisah lama.
    “Aku baru teringat, Scarlet. Aku dah lama nak tanya Scarlet sebenarnya, kenapa Scarlet pilih  F company? Bukan Scarlet dapat banyak tawaran dari syarikat-syarikat terkenal sebelum ni?” soal Emelia ingin tahu.
    Scarlet yang sedang menghirup coffee lattenya tersentak mendengar soalan Emelia. Sesungguhnya dia tidak bersedia dengan soalan itu.
    “Kenapa kau diam?” tanya Emelia pelik. “Ada sebab-sebab tertentukah yang kau tak boleh bagitahu?” tambah Emelia sambil tersenyum nakal.
    Gosh! Tajam belum pemerhatian kak Emelia ni. Tak hairanlah dia dapat memikul tanggungjawabnya dengan baik selama 6 tahun.
    “Kalau nak dijadikan cerita sejak kat kampus lagi saya dah berniat nak masuk F Company,”
    “Why?” soal Emelia tanpa sempat Scarlet menyambung ceritanya. Dia seperti tidak sabar-sabar hendak tahu sebab disebalik pemilihan Scarlet.
    “Ada satu seminar kat hotel ni dan Tuan Raiza berceramah tentang kepimpinan. Waktu itu, lengan kemejanya dilipat sampai siku tapi entah macam mana dia nampak begitu berkarisma dan yakin. Pada masa itulah saya menyimpan hasrat untuk masuk ke F company,” cerita Scarlet.
    “Oh, seminar tu? 4 tahun lepas aku masih kerja dengan dia. Wah, kau mesti dah jatuh cinta pandang pertama pada Tuan Raiza ni kalau dah sampai masuk F company disebabkan ceramah tu, kan?” kata Emelia main serkap jarang.
    Tidak semena-mena, wajah Scarlet berubah merah seperti ditiup dengan asap yang panas.
    Dah itu saat dimana dia menyedari perasaannya itu. Selama ini bukan hanya rasa kagum dan hormat yang tersimpat dalam hatinya tapi diikuti juga dengan perasaan cinta yang selama ini tersembunyi didalam sudut hatinya.
    Dia tahan, tahan dan tahan. Dia cuba tapi ianya seperti mencurah air ke daun keladi. Hatinya langsung tidak menurut perintah dan membuat apa saja tanpa kebenarannya. Nasib baiklah otaknya masih berfungi dengan baik dan menurut perintah untuk mengawal segala riak wajahnya dan memastikan emosi yang tidak terkawal itu tidak terlepas.
    Namun, begitu dia sangka dia kuat melawan dan menafikan perasaannya tapi pada satu ketika itu semuanya terlepas dan menganas didalam hatinya. Semua itu disebabkan seorang wanita bernama Camelia.
    Camelia adalah teman rapat Raiza, kedua-dua belah pihak keluarga sudah pun merancang untuk menyatukan mereka dan dia tidak pernah mendengar Raiza menafikan hubungan mereka.
    Ianya berlaku setahun yang lalu apabila dia dijemput datang ke rumah Raiza untuk makan malam bersama-sama dengan keluarga Camelia. Scarlet juga berfikir itu idea yang tidak bagus untuk menerima jemputan Raiza tapi Raiza berkeras dan memberinya arahan. Sebagai PA, dia tidak dapat menolak atas arahan itu.
    Jam menunjukkan 7. 40 pm apabila makanan sudah siap dihidangan diatas meja makan. Scarlet diarahkan Puan Adeline untuk memanggil Raiza didalam bilik belajar. Scarlet menurut dan naik ke tingkat dua menuju ke bilik belajar. Pintu bilik belajar terbuka sedikit menampakkan rak-rak buku yang dipenuhi dengan bahan bacaan. Bilik itu kelihatan suram dengan hanya diterangi dengan lampu meja dan cahaya daripada bulan yang memantul kearah jendela.
    Scarlet menolah pintu itu tanpa membuat sebarang bunyi.
    “Tu..” tanpa mampu menghabiskan ayatnya, Scarlet tergamam. Matanya terbelik melihat kemesraan Raiza dan Camelia yang sedang duduk rapat diatas sofa. Mereka tersenyum dan tergelak seperti mereka berada didalam dunia mereka sendiri. Tapi apa yang mengejutkan adalah reaksi Raiza saat itu. Ia adalah riak muka yang tidak pernah dia saksikan sebelum ini, kelembutan tangan Raiza mengusap mesra rambut Camelia menambahkan lagi rasa sakit yang sudah berdenyut-denyut.
    Hatinya sudah terlalu sakit sehingga matanya sudah tidak mampu mengeluarkan air mata lagi. Saat itu, dia pasrah. Dia terima segala-galanya. Lelaki itu adalah lelaki yang dicintainya dan lelaki itu juga tidak akan mendengar luahan hatinya. Dia akan menjadi milik orang dan orang itu bukanlah dia.
    Dengan tangan yang masih belum berhenti bergetar, dia mengetuk pintu yang sudah terkuak besar. Dia tunduk sedikit.
    “Maafkan saya menganggu, tuan tapi Puan Adeline sudah menyeru. Makan malam sudah tersedia,” ucap Scarlet. Suaranya tetap kedengaran tenang walhal dalam hatinya sudah pun diserang ribut taufan.
    “Ah, baguslah. Saya pun dah lapar ni, jom?” ujar Camelia bingkas bangkit sambil memegang tangan Raiza.
    Raiza tersenyum lantas bangkit. Mereka pun keluar dari bilik dan mula melangkah menuju ke meja makan sementara Scarlet hanya membontoti mereka.
    Scarlet mengusap air matanya yang sudah mengalir ke pipi. Itu adalah peristiwa yang benar-benar menyakit hatinya. Peristiwa itu membawa kepada penerimaannya keatas pinangan Eddie, hari itu juga dia meminta agar Eddie mempercepatkan tarikh perkahwina mereka.
    Esok, segala-galanya akan berakhir. Secara rasminya, Eddie akan menjadi bakal suami aku. Ini adalah jalan yang terbaik. Eddie seorang yang baik, pasti aku akan jatuh cinta dengannya. Tidak semena-mana, wajah Raiza melintas dalam ruang fikirannya. Wajahnya yang pucat dengan kesejukann itu tiba-tiba terasa panas membahang.
    Scarlet mengetap bibirnya dengan kuat. Dadanya dipegang. Dia cuma teringat akan Raiza dan jantungnya sudah berdebar-debar. Tapi yang hairannya, kenapa jantungnya menggila apabila Raiza tiada dihadapan matanya dan hanya bertenang bila Raiza ada didepannya? Kan dah terbalik ni?
    Scarlet sudah terduduk atas lantai. Dia menggelengkan kepala tidak percaya dengan simptom kronik yang dihadapinya sekarang. Adakah disebabkan dia sudah terbiasa mengawal segala reaksi dan emosinya bila berhadapan dengan Raiza sehingga menjadi satu tabiat pelik?
    “Aku dah gila agaknya,” ucap Scarlet sambil tersengih sendiri.
    “Ya, memang dah gila,” tiba-tiba suara Sapphire kedengaran dari belakang.
    “Sapp!” Scarlet yang terkejut lantas bangkit.
    “Sekejap mengeluh, sekejap menangis, sekejap menggeleng kepala, sekejap ketawa pula. Kalau Kar ni bukan adik Sapp, Sapp dah lama fikir yang Kar ni orang gila tau tak,” kata Sapphire.
    “Sorry,” pinta Scarlet perlahan.
    “Tak payah minta maaflah, Sapp faham. Emosi Kar sekarang ni sama macam perempuan sedang mengandung, unpredictable,” ujar Sapphire seakan mengusik.
    “Adakah samakan Kar dengan perempuan mengandung,” balas Scarlet tidak puas hati dengan persamaan yang diberikan kakaknya.
    “Nah, Raiza telefon tadi tapi Sapp cakap Kar sedang mandi sebab Sapp tahu Kar bukan dalam keadaan yang boleh bercakap dengannya.” Sapphire menghulurkan telefon bimbit itu kepada Scarlet. Scarlet mencapai telefon itu dan membuka skrin telefon.
    “Kalau Kar nampak berapa banyak miss called Raiza tadi pasti Kar terkejut,”
    “Eh?” Scarlet terkejut.
    “Berapa?” soalnya ingin tahu.
Selepas mandi tadi, dia terus ke beranda. Telefon bimbit pula ditinggalkan dalam bilik, dicas atas meja. Serasanya, baru 15 minit dia berdiri diluar rumah takkan banyak begitu sekali missed called Raiza.
    “17 kali sampai Sapp naik bengang. Nak rehat pun tak dapat akhirnya Sapp angkat aja sebab takut menganggu papa dan mama,” jawab Sapphire.
    Scarlet sudah menatap skrin telefon.
    “Jawablah panggilan dia tu, dia mesti risau sebab balik tanpa selesaikan pergaduhan kamu petang tadi. Kar perlu dengar penjelasan dia juga, okey?” ujar Sapphire sambil menepuk perlahan bahu Scarlet.
    Scarlet mengangguk kecil. Bersetuju denga kata-kata kakaknya.
    “Sapp masuk dulu. Jangan lama sangat kat luar. Sejuk ni.” Selesai memberi peringatan, Sapphire pun melangkah masuk.
    Scarlet terus mencari nama Raiza dalam contect number, baru saja dia ingin menekan butang dail nama Raiza sudah muncul atas skrin, memanggil nombornya.
    Scarlet menarik nafas lantas menyambut panggilan lelaki itu.
    “Hello?”
    “Oh, thank God, Scarlet! Kau buat aku risau,” kata Raiza seakan menjerit. Dari telefon dia dapat mengesan betapa cemasnya nada lelaki itu kedengaran. Menyedari betapa risaunya lelaki itu, muka Scarlet terus berubah merah. Lagi.
    “Ya, sorry. Saya mandi tadi,” bohongnya. Dikuti saja bohong Sapphire tadi.
    “It’s fine, Scarlet. Bukan salah kau, aku faham kalau kau sengaja tak nak sambut. Kau masih marahkan?”
    “Tak, tak, tak! Saya tak marah sebenarnya, cuma...”
    “I’m sorry...” ucap Raiza dalam nada lembut.
    “Eh?” dahi Scarlet berkerut.
    “I’m sorry for being selfish, but let me be selfish for the last time Scarlet, please?” rayu Raiza lembut.
    “Aa.. apa maksud tuan?” dada Scarlet sudah mula berdebar. Kali terakhir Raiza bertindak sendiri adalah menjadi maid of honor, kali ini apa pula?
    “Saya nak teruskan tugas saya esok, boleh?”
    “Eh, nak teruskan jadi maid of honor?”
    “Ya dan saya balik esok. Saya ada benda nak cakap lagi so wait for me, okey?”
    “But..but..”
    “Jangan risau, parents saya dah tahu walaupun diorang tak perlu tahu. Tapi, saya terus terang dengan diorang so, don’t worry about it,”
    “Please?” rayu Raiza lagi apabila Scarlet langsung diam.
    “Okey, okey. Tapi ini yang terakhir, tuan. Jangan buat macam ni lagi, tau,” marah Scarlet walaupun nadanya kedengaran lembut.
    Tiba-tiba dia terdengar tawa Raiza.
    “Kenapa tuan ketawa? Saya salah cakapkah?”
    “Tak, tak! Aku cuma rasa yang kau macam isteri yang sedang marahkan suaminya,” jawab Raiza membuatkan pipi Scarlet terus menjadi merah. What is he talking about?
    “G..goog night!” Scarlet cepat-cepat mematikan talian. Dia mengetap bibir sambil membawa telefon itu kedadanya. Kenapa dengan selambanya dia boleh cakap begitu? Bolehkah aku survive esok? Dengan Edd lagi. Scarlet sudah mengeluh kecil.

No comments: